Wednesday, December 23, 2009

SEBENING KASIH 1...chapter 16

“Ramadhan, hadirmu membawa seribu rahmat”

Kerja-kerja pejabat yang bertimbun kadang kala memberi tekanan kepada Ayu Putri. Sesekali Ayu Putri akan merehatkan mindanya dengan melihat-lihat laman web diinternet atau membuka yahoo massager untuk berbual-bual dengan kenalan di chat room.

Seperti biasa sementara menunggu solat Zohor, Ayu Putri membuka yahoo massagernya dan masuk ke chat room Terengganu. Tiba-tiba seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Aliff Firdaus menegurnya. Mereka bercerita tentang kereta masing-masing dan sering bercanggah pendapat tentang kualiti minyak Petronas dan Shell.
Aliff Firdaus : Kalau awak nak kenal saya, awak carilah viva hitam yang ada sportlight kuning kat depan..satu-satunya kat Terengganu
Sweetheart : Eleh, saya tak heran pun. Kalau awak nak kenal saya pulak, carilah vios putih no.plat TAV 5272. Satu-satunya kat Terengganu ada no.plat macam tu..haha
Aliff Firdaus : Memanglah. Awak ni..
Sweetheart : Saya selalu isi minyak kat Petronas. Saya tak akan isi kat stesen minyak lain. Baik untuk enjin saya.
Aliff Firdaus : Shell lebih baguslah. Lebih jimat. Baik awak isi kat shell.
Sweetheart : Tak kiralah saya nak isi kat Petronas jugak. Emm..saya nak tanye sikitlah, macam mana nak pam tayar? Saya tak pandailah. Awk boleh tunjukkan?
Aliff Firdaus : Kenapa tanya saya? Tak ada orang lain ke nak tanya? Orang pejabat awak tak kan tak ada lelaki.
Sweetheart : Hello, encik. Bukan saya nak awak pam kan pun. Saya tanya je. Kalau tak nak cakap tak apalah. Saya bukan nak mengada-ngada dengan awak.

Bermula dengan perkenalan tersebut, mereka sering berhubung sekadar bertanya khabar sehinggalah Ayu Putri menempah kuih raya daripada Aliff Firdaus. Selepas membuat tempahan, tiba-tiba Ayu Putri terasa pelik. Dia bukan jenis yang suka menempah barang pada orang yang dia tidak kenal. Maka bermulalah episod mencipta alasan untuk tidak berjumpa mengambil tempahan kuih daripada Aliff Firdaus. Dia lebih rela membayar duit tanpa mendapat kuih daripada berjumpa dengan lelaki. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu berjumpa dengan mana-mana lelaki lagi.



Aliff Firdaus : Bila awak nak ambil kuih raya awak ni? Dah dekat nak raya ni.
Sweetheart : Nantilah, saya sibuk ni. Apa kata saya masukkan duit dalam akaun awak, pastu awak tinggalkan je kuih tu kat pondok pengawal depan bangunan pejabat saya. Nanti saya ambilkan.
Aliff Firdaus : Tak bolehlah macam tu.
Sweetheart : Kenapa pulak tak boleh? Sama je kan. Jimat masa.
Aliff Firdaus : Saya pun nak kenal awak jugak.
Sweetheart : Tak payahlah, saya segan. Tak biasalah saya.
Aliff Firdaus : Apa nak segan pulak. Bukan nak buat calon isteri pun.
Sweetheart : Ooo..sesedap rasa je kan. Ok kte jupe petang ni. Saya tunggu awak kat Risda Marang. Rasa tercabar betul. Tengoklah nanti ye..haha

Petang itu, Ayu Putri menunggu Aliff Firdaus di tempat yang dijanjikan. Niatnya untuk ke bazaar Ramadhan dibatalkan. Bimbang dia akan terlewat. Dia tidak suka orang menunggunya dan tidak menepati masa. Setengah jam telah berlalu. Kelibat Aliff Firdaus pun tidak kelihatan. Ayu Putri mula geram. Kebaya sutera merah samar itu ditarik-tarik. Tudung senada dibetulkan. Pendingin hawa vios putihnya dikuatkan.

Seketika kemudian, viva hitam berhenti di bahu jalan. Seorang jejaka sederhana tinggi dan berkaca mata keluar. Ayu Putri dipandang sekilas. Ayu Putri melemparkan senyuman kepada jejaka itu walaupun hatinya geram dengan kelewatan Aliff Firdaus. Aliff Firdaus kelihatan gelabah. Spontan Aliff Firdaus melangkah ke vios putih Ayu Putri dan membuka pintu belakang, lalu meletakkan kuih yang ditempah. Ayu Putri menyembunyikan senyuman. Bayaran dihulurkan sambil bibirnya melemparkan senyuman. Menggeletar tangan Aliff Firdaus menyambut duit yang dihulurkan Ayu Putri. Tiba-tiba Ayu Putri tersenyum nakal.
“Patutlah lambat, bawak awek ye..hehe” Ayu Putri mengusik.
“Tak lah, tu adik yang belajar kat UITM Dungun,” Aliff Firdaus menjawab. Ayu Putri tergelak. Suka dia dapat mengusik orang yang mencabar dia.

***********

Di pertengahan jalan untuk pulang ke rumah, hujan renyai-renyai mula turun. Baru sebentar tadi cuaca elok sahaja. Tiba-tiba hati Ayu Putri menjadi sayu. Tanpa sedar air matanya mengalir dan dia menangis teresak-esak. Viosnya diberhentikan di tepi jalan. Tika itu, dia berdoa.
“Ya Allah, kenapa hatiku tiba-tiba sayu. Mengapa air mata ku mengalir tanpa dapat ditahan-tahan. Kenapa dia yang muncul dalam fikiran aku tika ini. Sedangkan kami tak pernah ada rasa. Engkau sendiri tahu ya Allah, dia pernah berkata tidak akan jadikan aku sebagai calon isterinya. Aku redha sekiranya dia telah Kau takdirkan untuk aku. Andainya dia untukku moga pertemuan yang petama ini adalah permulaan untuk pertemuan yang seterusnya. Permudahkanlah kami. Maha Suci Allah yang kembalikan cintaku setelah aku pulangkan padaMu. Namun, sekiranya dia bukan untukku, moga pertemuan ini adalah yang terakhir. Izinkan aku melupakan Aiman Rifkiku, moga ini cinta yang terbaik untuk ku. Kerana aku tidak ingin dilukai lagi.”

***********

Malamnya Aliff Firdaus menghantar mesej kepada Ayu Putri. Ayu Putri menjawab sekadar menghormati Aliff Firdaus. Dia tidak berminat untuk berkenalan lebih rapat dengan mana-mana lelaki. Kenangan lalu walaupun telah setahun lebih berlalu masih menghantui dirinya. Dia jadi fobia dengan lelaki. Akhirnya, Ayu Putri menghantar mesej meminta supaya Aliff Firdaus tidak mengganggunya lagi kerana tidak mahu membiasakan diri dengan mesej-mesej. Dia bimbang akan kecewa lagi.

Seketika kemudian, telefon bimbitnya yang sekian lama dibiarkan dalam mode senyap menyala menunjukkan ada panggilan masuk. Nama Aliff Firdaus tertera di skrin. Dengan malas Ayu Putri menjawab panggilan tersebut. Suaranya sengaja diserakkan seperti suara bangun tidur.
“Assalamualaikum, boleh bercakap dengan Ayu Putri?”
“Waalaikumussalam, Ayu bercakap. Kenapa ye? Saya mengantuk dan penat. Nak tidur. Ada perkara penting nak cakap ke?”
Suara gelak di sebelah sana kedengaran. Malas Ayu Putri melayan jejaka itu. Selepas memberi salam, Ayu Putri meletakkan telefon. Sekian lama tidurnya tidak diganggu, dia jadi rimas.

***********

Sejak dari hari itu, mesej-mesej daripada Aliff Firdaus sering kali mengganggu Ayu Putri. Aliff Firdaus tidak pernah jemu berusaha untuk mendapatkan Ayu Putri. Berkali-kali Ayu Putri mengatakan tidak. Timbul rasa kesian di hatinya. Setelah beristikharah, akhirnya Ayu Putri membuat keputusan untuk menerima Aliff Firdaus.
“Ya Allah, seandainya dia untukku dan aku untuknya, satukanlah hati kami, eratkanlah kasih sayang di antara hati. Titipkanlah kemesraan di antara hati-hati kami. Tapi seandainya dia bukan untukku cukup dia sebagai kawan ku. Jangan Kau biarkan aku menyimpan harapan yang terlalu tinggi padanya.”

Ayu Putri menghantar mesej kepada Aliff Firdaus, “Sebelum saya terima awak, tolong pastikan mak ayah awak pun terima saya. Saya tak nak ada masalah pada masa akan datang. Saya nak hubungan kita dalam pengetahuan kedua ibu bapa kita dan dalam restu mereka. Cuma itu syarat saya. Saya harap awak dapat penuhinya.”
Aliff Firdaus membalas, “Janganlah bimbang, bukan mak ayah saya yang nak kahwin, saya yang nak kahwin. Saya berhak tentukan masa depan saya. Lagipun saya lelaki.”
Ayu Putri membalas mesej Aliff Firdaus dengan ucapan terima kasih. Hatinya berdoa. “Ya Allah, moga dia jodohku. Aku dah terlalu penat dengan cinta manusia. Moga inilah cintaku yang terakhir. Walau aku tidak sebenarnya cinta, aku pohon padaMu agar suburkan rasa cinta ini. Moga aku tidak mengecewakan lelaki yang ikhlas mencintai aku.”

***********

Hati Ayu Putri masih keliru. Betulkah Aliff Firdaus benar-benar ikhlas dengannya? Dia meminta Aliff Firdaus berfikir betul-betul. Mungkin Aliff Firdaus cuma terpikat dengan pandangan pertama. Mungkin dia tersilap pandang. Ayu Putri sedar siapa dirinya. Tiada rupa apatah lagi harta. Aliff Firdaus sekali lagi mengatur pertemuan dengan Ayu Putri. Ayu Putri ingin memastikan Aliff Firdaus membuat pilihan yang tepat. Dia tidak ingin dirinya ditinggalkan lagi. Terlalu sakit rasanya apabila cinta dikhianati ketika telah disandarkan segala harapan dan impian.

Jawapan daripada Aliff Firdaus benar-benar melegakan hati Ayu Putri. Katanya, dia tak tersalah pilihan dan dia yakin dengan pilihannya. Ayu Putri berterima kasih kepada Aliff Firdaus dan redha sekiranya Aliff Firdaus jodohnya. Ayu Putri memohon maaf sekiranya ada kekurangan di pihak dirinya. Dia bukan seorang yang cukup sempurna untuk seorang lelaki sebaik Aliff Firdaus.

SEBENING KASIH 1...chapter 15

“Akulah si kerdil yang mencari jalan pulang”

Betapa tertekannya Ayu Putri mengahadapi kerenah pengarahnya. Sewaktu dia mengikuti kursus induksi untuk mengesahkan jawatannya, wanita yang menjadi ketuanya itu masih memberi arahan-arahan yang menekan pemikirannya dan mengganggu tumpuannya kepada kuliah yang disampaikan. Dia sendiri tidak mengerti kenapa ketuannya itu sering mencari silapnya.

Ayu Putri tertekan dengan dengan jadual kursus yang padat dan tuntutan tugasan di pejabat. Sesekali timbul rasa iri dengan peserta lain yang bebas menggunakan masa lapang mereka tetapi dia masih mengadap kerja-kerjanya. Dalam keadaan resah Ayu Putri masih sempat menyiapkan kerja-kerja yang diamanahkan. Lega hatinya apabila laporan cadangan telah diemail kepada pembantunya. Berdebar-debar hatinya, bimbnag penerimaan pengarahnya. Risau hasil kerjanya tidak memuaskan hati dan tidak memenuhi kehendak wanita tegas itu. Dia yakin, dia pasti dimarahi apabila dia masuk ke pejabat minggu depan.

***********

Panggilan daripada pembantunya petang itu sekali lagi seolah-olah memberhentikan degupan jantungnya. Pengarahnya menyuruh dia pulang ke Terengganu untuk mewakilkan dirinya menyampaikan taklimat kepada perunding untuk satu projek pembangunan. Macam mana dalam keadaan berkursus dia ingin pulang ke pejabat? Selangor dan Terengganu bukannya dekat.
“Cik Ayu, Puan Pengarah meminta Cik Ayu mewakilkan dirinya menyampaikan taklimat untuk publisiti Rancangan Kawasan Khas Tasik Kenyir.”
“Emm..saya masih dalam kursus. Minggu depan saya ada peperiksaan. Tak ada orang lain ke? Saya dah siapkan semua bahan yang diperlukan kan,” Ayu Putri menjawab pantas.
“Tak tahulah Cik Ayu. Dia cakap, dia nak Cik Ayu juga yang jadi pembentangnya. Betul-betul dia rasa ingin menangis. Tidak semena-mena air matanya mengalir. Dia menunduk, bimbang peserta-peserta lain dapat mengesan air matanya. Malu dia nanti.

***********

Selesai solat Subuh pagi itu, Ayu Putri mengenakan baju kurung sutera batik berwarna peach. Bibirnya dicalit sedikit gincu dan pipinya disapu pemerah pipi berwarna peach. Warna itu sesuai dengan warna kulitnya. Dia Nampak berseri pagi itu. Senyuman diukir di depan cermin. Segala kerisauannya dibuang jauh-jauh. Dia ingin memulakan harinya dengan ceria. Harapannya agar permulaan yang baik itu akan berkahir dengan baik juga. Namun, panggilan daripada pembantunya awal pagi itu sedikit sebanyak telah mengganggu tumpuan Ayu Putri. Hatinya kembali resah. Jiwanya memberontak.

Dia ingin bercerita dengan seseorang, tetapi siapa? Aiman Rifki, lelaki itu yang sering hadir dalam ingatannya. Namun, masih sudikan Aiman Rifki melayan keresahan hatinya? Masih sudikah Aiman Rifki menenangkannya seperti dulu-dulu? Hatinya dikunjungi rasa sayu. Air matanya bergenang. Bebanan yang ditanggung terasa cukup berat. Lantas telefon bimbitnya dicapai.

Ayu Putri tahu, Aiman Rifki tidak mungkin akan membalas mesejnya. Dia sudah sedia maklum tentang itu. Memang dia rasa malu mengharap seorang teman menenangkan keresahan hatinya, namun dia lakukannya juga kerana dia akan rasa tenang bercerita pada Aiman Rifki walau dia tahu Aiman Rifki tidak akan memberi tindak balas, jauh sekali mendengar ceritanya.

“Tuan Besar kte, walaupun kte tahu awak tak akan balas mesej-mesej kte, walau kte tahu mesej-mesej kte dipandang sepi, tapi kte tak kisah sebab awaklah punca ketenangan kte. Walau kte tak dapat balasan daripada awak tapi itu sudah cukup tenangkan kita. Awak tahukan, betapa kte sangat-sangat hargai awak. Walau awak tak lagi hargai kte dan menganggap kte penting dalam hidup awak seperti awak pernah ucapkan kepada kte dlu. Kte memerlukan awak sebagaimana bulan memerlukan matahari untuk terus bersinar. Terima kasih, Tuan Besar kte kerana hadir dalam hidup kte walau seketika. Kte sangat gembira dan bahagia walau akhirnya batin kte terseksa. Mencintai dan menyayangi awak adalah perkara terbaik dalam hidup kte.”

**************************

Sehari lagi kursus induksi akan tamat. Tak sabar rasanya dia ingin meninggalkan Wood Valley Village, Sungai Congkak itu. Semakin lama dia di situ semakin sakit jiwanya. Mesej dari Aiman Rifki dua malam lepas mengganggu fikirannya.
“Do you know what..Kte rasa kte dah terlalu letih untuk teruskan hidup ni..tapi kte tak bersedia untuk mati”
Apa sebenarnya yang berlaku pada Aiman Rifki? Dah beberapa kali nombor lelaki itu didail, namun tiada jawapan. Mesej telah banyak kali dihantar namun masih tiada balasan. Walaupun nombor itu telah dipadam dalam telefonnya, namun dia masih tidak mampu memadamnya dari ingatan. Terlalu teguh ingatannya pada apa sahaja yang berkaitan dengan Aiman Rifki walaupun dia lupa segala yang berlaku dalam hidupnya sejak Aiman Rifki tinggalnya. Apa yang ada dalam fikirannya cuma Aiman Rifki. Segala-galanya Aiman Rifki.

Tika insan lain lena diulit mimpi, Ayu Putri bangun dalam dingin malam. Pili dibuka. Air dari Sungai Congkak itu terlalu sejuk. Dinginnya hingga ke tulang sum sum. Menggelentar dia membasahkan lima anggota badannya. Kepalanya terasa pening. Terasa bagai ingin pitam. Cepat-cepat dia berpaut pada dinding bilik air. Dia gagahkan kaki melangkah. Ayu Putri jatuh terduduk dibirai katil. Air matanya menitis. Dia pohon pada Tuhan dalam hatinya moga diberi kekuatan untuk bangun tunaikan solat tahajud dan hajat. Dia ingin mengadu pada Tuhannya, betapa dia risaukan Aiman Rifki. Dia ingin memohon kepada Tuhan moga memberi ketenangan pada Aiman Rifki kerana dia percaya Tuhan mendengar doa dari hati yang ikhlas dan penuh kasih-sayang.

Seketika kemudian, peningnya beransur hilang. Telekung dicapai dan sejadah dibentang. Tegak dia berdiri mengadap kiblat. “Ya Allah, terimalah pengabdian hambaMu ini. Ku ingin mengadu keuzuranku. Terimalah ya Allah, keuzuran ini.” Khusyuk dia menunaikan solat sunat di hening malam itu. Air matanya berguguran. Terasa terlalu kerdil di hadapan Tuhannya.
“Ya Allah, Kau tahu hatiku. Kau tahu deritaku. Kau tahu pengorbananKu. Kau tahu aku terseksa, ya Allah. Bantulah aku. Aku tak mampu untuk membenci. Demi cintaMu aku korbankan segala cintaku moga suatu hari nanti Kau gantikan dengan cinta teragung. Moga air mata yang mengalir saban waktu ini adalah pemadam api neraka, ya Allah. Ya, Allah demi cintaku yang suci, berilah ketenangan dan kebahagian buat Aiman Rifkiku. Kau lebih tahu, Ya Allah. Dia jantungku, dia nyawaku. Dia semangatku, ya Allah. Jangan jadikan dia seorang yang putus asa. Khabarkan padanya bahawa kau sentiasa mendoakannya dalam tiap jaga dan tidurku. Tolonglah aku, ya Allah.”

Seawal pagi, sekali lagi Aiman Rifki dihubungi. Namun masih tiada jawapan. Dia rasa ingin menangis. Sampai hati Aiman Rifki buat dia risau begini. Kuliah yang disampaikan pagi itu sikit pun tidak masuk ke kepalanya. Bagaikan angin lalu. Hatinya masih risaukan Aiman Rifki. Akhirnya, Ayu Putri biarkan sahaja soal Aiman Rifki berlalu. Ini bukan kali pertama Aiman Rifki lakukannya begitu. Sudah banyak kali. Sungguh dia mula merasakan dirinya tidak dihargai. Mungkin pada Aiman Rifki, dia cuma persinggahan, tiada hati dan perasaan.

Sebaik sahaja dia bangun dari kerusinya untuk keluar dari dewan kuliah, tiba-tiba Encik Jamil, ahli kumpulannya yang sudah agak berumur memanggilnya. Dengan sopan Ayu Putri melangkah ke arah Encik Jamil. Lelaki dari Johor itu tersenyum.
“Ayu, saya nak tanya sikit ni. Harapnya Ayu tak keberatan bagi jawapan pada saya.” Encik Jamil memulakan bicara.
Wajah Encik Jamil dipandang. Tiba-tiba jantungnya berdebar kencang. “Silakan, Encik Jamil. InsyaAllah saya akan bagi jawapannya.” Ayu Putri tersenyum.
“Ayu belum berpunya kan. Saya nak kenalkan Ayu dengan adik ipar saya. Adik ipar saya baru balik dari Mesir. Sekarang dia jadi ustaz di Kuala Lumpur. Kalau Ayu tak keberatan, boleh bagi saya nombor telefon Ayu?”
Sebaik sahaja mendengar kata-kata dari Encik Jamil, kepalanya terasa berpusing. Air matanya bergenang. Dalam kepalanya hanya ada Aiman Rifki. Kenapa lelaki yang telah meninggalkannya dan memilih yang lain masih dia harapkan? Telah jelas Aiman Rifki tidak perlukan dia lagi.
“Encik Jamil, saya bukanlah seorang yang baik sangat. Banyak kurangnya. Mungkin saya bukanlah yang terbaik untuk adik Encik Jamil.” Ayu Putri membalas.
“Ayu, saya dah perhatikan Ayu sejak dari hari pertama kita kursus. Sekarang dah masuk dua belas hari. Saya tahu Ayu seorang perempuan yang baik dan mampu bahagiakan adik saya. Kita cuba, Ayu. Jangan hampakan saya.” Encik Jamil menambah.
Wajah Encik Jamil direnung. Kenapa bukan abang Aiman Rifki yang berkata begitu? Kenapa orang yang berjumpa dengan Ayu Putri hanya dua belas hari boleh menilai Ayu Putri sebegitu. Kenapa bukan Aiman Rifki yang mengenalinya bertahun-tahun membuangnya seolah-olah tidak punya perasaan.

Ayu Putri melemparkan senyuman hambar. “Nanti saya bagi nombor saya, Encik Jamil. Bagi saya masa untuk saya fikirkan.” Ayu Putri melangkah keluar dari dewan kuliah.

Sebaik sampai di bilik, dia menangis semahunya. Hatinya masih pada Aiman Rifki. Namun, wajarkah dia menanti seseorang yang sememangnya telah jelas membuangnya dan memilih yang lain tanpa memikirkan perasaanya? Seseorang yang telah menjadi milik orang? Sewajarnya telah lama Ayu Putri perlu sedar kenyataan itu. Sewajarnya dia patut sedar lelaki yang Encik Jamil ingin kenalkan adalah lelaki yang baik agamanya, yang mampu membimbing Ayu Putri menjadi wanita solehah. Sewajarnya dia tak perlu lagi mengharap pada Aiman Rifki dan tak perlu lagi mengharap keajaiban akan berlaku.

Esok, Ayu Putri akan menghadapi peperiksaan. Namun buku yang berada di atas katilnya tidak disentuh. Buku-buku itu hanya dipandang sepi. Teman sebiliknya telah lama pergi mengulangkaji. Ayu Putri masih terbaring lesu. Air matanya mengalir laju. Tadi, telah dia kirimkan kad namanya pada teman sebiliknya untuk diberi kepada Encik Jamil. Dia perlu membuat keputusan untuk masa depannya. Inilah keputusan paling besar yang dia lakukan.

Sebening kasih Ayu Putri untuk Aiman Rifki. Hanya Tuhan yang mengerti. Segunung kasih dan pengorbanan Ayu Putri pertaruhkan. Namun tetap dibalas dengan penyeksaan. Sabarnya Ayu Putri dengan kesucian cintanya pada Aiman Rifki, walau sehina itu Ayu Putri diperlakukan.

Namun, walau dicuba menerima adik Encik Jamil, ternyata cinta itu tidak mampu dipakasa. Semakin dipaksa, semakin dia tidak mampu melupakan Aiman Rifki. Lantas sekali lagi Ayu Putri membuat keputusan membiarkan lelaki sebaik Abdul Mubin pergi dari hidupnya.

SEBENING KASIH 1...chapter 14

“Kita tak pernah cakap kita cinta atau sayangkan awak”

Sejak peristiwa tidur di rumah Kak Long, Aiman Rifki semakin kerap menghubunginya. Mesej-mesej daripada Aiman Rifki sering kali menghiasi malam-malamnya. Mesej-mesejnya penuh harapan dan impian.
“Awak, tolong jangan tinggalkan kte. Awak penting dalam hidup kte. Janjilah dengan kte.” Mesej daripada Aiman Rifki mengejutkan Ayu Putri.
Ayu Putri berkira-kira untuk membalas mesej Aiman Rifki. “Ya, kte tak kan tinggalkan awak selagi awak perlukan kte.” Ayu Putri tidak ingin melukakan hati Aiman Rifki. Masih teringat lagi mesej Aiman Rifki tempoh hari.
“Baru kte sedar ada orang yang lebih ambik berat pasal kte. Selama ini kte tak Nampak dia sentiasa temani kte.”

**************************

Sudah seminggu Aiman Rifki jarang menghubungi Ayu Putri. Ayu Putri dilanda kebimbangan. Ucapan hari lahirnya pun tidak disampaikan walau melalui mesej, apatah lagi panggilan telefon. Ayu Putri kehairanan. Seingatnya, mereka tidak bergaduh. Ayu Putri juga perasan, tiada lagi ucapan selamat malam seperti selalu. Mesej-mesej Aiman Rifki tiba-tiba berhenti. Ayu Putri akan menunggu sehingga tertidur.

14 Mac 2008
Ayu Putri menghubungi Aiman Rifki awal pagi itu. Seperti biasa suara Ayu Putri cukup ceria. Begitu juga Aiman Rifki. Seolah tiada apa-apa yang berlaku. Sebaik sahaja Ayu Putri menamatkan panggilan, tiba-tiba dia menerima mesej daripada Aiman Rifki. Senyuman terukir di bibirnya. Tiba-tiba senyuman itu mati.
“Kte dah bertunang.” Mesej pendek daripada Aiman Rifki betul-betul telah meragut segala semangat Ayu Putri. Tiada air mata. Borang cuti segera diisi. Tangga Aki Planner dituruni perlahan. Lemah lututnya. Dia seolah-olah hilang segala rasa. Dia diam membisu. Kakinya lemah melangkah pulang ke rumah sewa. Beberapa kali nombor Aiman Rifki didail, minta penjelasan. Namun tidak berjawab.

Setibanya di rumah sewa. Di hadapan pintu dia jatuh terjelepuk. Kakinya lemah tidak berdaya melangkah. Air matanya mengalir laju. Demi Allah dia tidak bersedia hadapi semua ini. Tangan Ika dipegang erat. Sungguh dia tak mampu hadapi semua ini. Sekali lagi nombor Aiman Rifki dihubungi. Akhirnya, panggilan berjawab. Dia tidak marah. Cukup tenang dia berbicara.
“Keluarga kte yang carikan. Dia eksekutif bank. Keluarga dia pun ok.” Itulah kata-kata Aiman Rifki. Dia mula menyedari siapa dirinya. Akhirnya dia yang ditinggalkan. Dia tidak diperlukan lagi. Aiman Rifki, jika itu pilihan awak, saya redha.

Di hari perkahwinan Ima, dia mengunjungi Ima lebih awal kerana tidak mahu terserempak dengan Aiman Rifki yang membawa tunangnya bersama. Ima mula bertanya bila giliran dia dan Aiman Rifki? Dia tiada jawapan. Hatinya menangis pilu. Dia cuba menjadi seorang yang kuat. Menyembunyikan segala kesedihannya. Mereka tidak tahu, baru semalam dia menangis. Baru semalam, dia jatuh terjelepuk di hadapan pintu. Tak berdaya untuk bangun. Mereka juga tidak tahu, baru semalam terasa pelukan hangat Syahirah semasa dia ingin solat Maghrib.

**************************

Hari-harinya tanpa Aiman Rifki cukup kosong. Tiada lagi mesej selamat malam dan ucapan selamat pagi dari Aiman Rifki. Ke manakah Aiman Rifki? Nombornya juga telah ditutup. Dua minggu Ayu Putri hilang arah. Akhirnya, Ayu Putri membuat keputusan membiarkan sahaja masa berlalu. Sungguh dia kecewa.

Program Master IT Entrepreneurship tajaan MARA memikat hatinya. dia ingin mengubati hatinya yang terluka. Lantas dia menghantar permohonan menyambung pelajarannya. Tempoh 3 bulan menunggu permohonannya diterima terasa terlalu lama.

Pagi itu, suasana seperti biasa. Muram dan suram. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Nombor rumah Aiman Rifki tertera. Kenapa masih menghubunginya setelah diam terlalu lama. Kenapa menghukumnya begini sekali? Namun, kerana terlalu rindu panggilan itu tetap dijawab. Aiman Rifki memohon maaf. Katanya tak mampu kehilangan Ayu Putri dan dia hanya membohongi Ayu Putri tentang pertunangannya. Tahukah Aiman Rifki, hati Ayu Putri telah hancur berkecai? Ayu Putri mula sedar dia perlu lakukan sesuatu untuk dirinya.

Ayu Putri tekad, nombor telefonnya akan ditukar. Ketiga-tiga nombor untuk Aiman Rifki ditutup. Ayu Putri menangis hiba. Dia tak ingin lakukan semua itu, tetapi dia terpaksa. Dia tidak rela terus dibohongi. Dia tidak rela kasih dan cintanya dipermainkan. Dia juga punya hati dan perasaan.

Aiman Rifki tidak pernah putus asa. Dia masih mencari Ayu Putri. Kepada Syahirah, dia meminta sampaikan kepada Ayu Putri, dia akan pulangkan semua pemberian Ayu Putri sekiranya Ayu Putri melarikan diri daripadanya. Katanya dia dan perempuan itu hanya kawan. Katanya lagi dia terluka, orangnya ada tetapi tidak dapat dihubungi. Sedarkah Aiman Rifki, Ayu Putri lebih terluka? Sanggupkah Aiman Rifki sekiranya dibohongi seperti Ayu Putri?

**************************

Sejak peristiwa itu, hubungan Ayu Putri dan Aiman Rifki semakin dingin. Ayu Putri hilang arah. Jiwanya terseksa. Dia tidak mampu memaafkan Aiman Rifki. Sampai bila-bila pun dia tidak akan maafkan. Dia juga tidak pernah melupakan kata-kata Aiman Rifki di pagi Syawal yang lalu.
“Kte tak pernah kata kte cinta atau sayangkan awak. Jadi, awak faham kan?” Demi Allah Ayu Putri rasa terlalu terhina. Aiman Rifki pernah berkata, cinta dan sayang tu tak perlu dilafazkan. Hanya hati yang saling menyayangi akan merasa. Ayu Putri keliru. Namun, dia tekad akan melupakan Aiman Rifki sampai bila-bila. Dia tidak akan mengunjungi majlis perkahwinan Aiman Rifki. Dia benar-benar terluka.

“Tuan besar kte, maafkan kte. Selamat berbahagia. Luka yang awak tinggalkan terlalu dalam sehingga kte takut untuk memiliki cinta lagi.”

Saturday, August 8, 2009

sebening kasih...chapter13

“My dream, My hope, My soul, My love, My everything”

Kawan-kawan mula menyedari antara Aiman Rifki dan Ayu Putri seolah-olah ada sesuatu. Bila diajukan soalan, Ayu Putri hanya tersenyum atau menjawab ringkas, hanya kawan. Dia tidak mahu memanjang-manjangkan cerita kerana dia sendiri pun tidak pasti siapa dia pada Aiman Rifki. Kawan baik? Sahabat? Kekasih atau mungkin juga persinggahan. Dia tiada jawapan.

Kadang-kadang Ayu Putri rasa tertekan dengan hubungan yang tak pasti. Susah untuk dia membuat keputusan. Pesanan emak semasa pulang berhari raya sebulan yang lalu masih terngiang-ngiang di telinga.
“Ayu, siapa Aiman Rifki yang selalu telefon dan mesej Ayu? Mesti lebih dari kawan kan sebab mak tak pernah tengok ada lelaki telefon anak mak.” Ayu Putri hanya diam, gulai di atas dapur dikacau perlahan.


“Ayu, mak bukan apa. Mak tak nak anak mak mainkan perasaan orang lain. Tak baik. Nanti akan beri kesan pada hidup dia.” Ayu Putri masih diam. Dia melangkah perlahan ke meja makan.
“Mak, Ayu tak mainkan perasaan siapa-siapa mak. Aiman Rifki datang dalam hidup Ayu dengan tiba-tiba dan Ayu senang dengan kehadirannya. Ayu juga berharap hubungan ini hingga ke akhirnya. Tapi Ayu tak tahu kalau dia mainkan perasaan Ayu. Bagi Ayu, Ayu terima dia seadanya.” Ayu Putri berkata perlahan.
“Baiklah, kalau macam tu suruh mak dia datang ke rumah. Kita bincang elok-elok. Jangan mainkan perasaan orang, Ayu.” Pesan emak sekali lagi.


**************************

Di suatu malam, Ayu Putri tekad bertanya Aiman Rifki, siapa dia pada Aiman Rifki. Seperti biasa Aiman Rifki akan menghubungi Ayu Putri. Mereka akan berbual lama. Ayu Putri mengambil kesempatan untuk bertanya pada Aiman Rifki.
“Awak, kte nak tanya awak sikit. Kte harap awak tak marah kte. Kte malu, tapi kte perlu tahu. Hanya awak yang tahu jawapannya.” Ayu Putri memulakan bicara setelah mendapat panggilan daripada Aiman Rifki lewat malam itu.

“Ya, tanyalah. Kte tak marah.” Aiman Rifki menjawab ringkas.
“Emm..siapa kte pada awak?” Ayu Putri mengajukan soalan dalam debaran yang makin kencang. Aiman Rifki di sebelah sana masih diam. Ayu Putri mula gelisah.
“Emm..tak apa, awak tak perlu jawab sekarang. Mungkin awak perlukan masa,” Ayu Putri cuba berdiplomasi.
“Sebenarnya, kte perlukan masa, nanti kte bagi tahu awak ye. Kte akan kahwin dengan awak bila umur kte 28 tahun. Buat masa sekarang kte kawan dulu ye,” Aiman Rifki memberi jawapan.
Giliran Ayu Putri pula terdiam. Tiba-tiba Ayu Putri membalas, “Kte sanggup menunggu awak walau seribu tahun lagi.”
“Emm..awak tak takut ke kalau kte pegang pinggang awak yang ramping?” Aiman Rifki mengusik sambil tergelak.
Muka Ayu Putri memerah. “Apa yang kte miliki hanya untuk suami kte. Setiap masa kte berdoa semoga Allah pelihara kehormatan kte hanya untuk suami kte.” Ayu Putri membalas dalam sebak. Matanya mula bergenang. Tulus hatinya memberi selautan kasih hanya untuk Aiman Rifki.

“Ya Allah, moga Kau pelihara kehormatan dan kecantikan diriku hanya untuk suamiku. Aku pohon padaMu, ya Allah. Jika dia ditakdirkan untukku, aku rela menjadi miliknya.”


**************************

23 Januari 2008, akhirnya tertubuhlah syarikat ANC Management & Trading. Dengan semangat dan cita-cita yang menggunung tinggi, Ayu Putri bertekad berusaha bersungguh-sungguh mencapai segala impian dan cita-cita. ANC adalah semangatnya. ANC adalah impiannya. Bukan kecil impian dan harapan yang dia sandarkan pada syarikat mereka itu. ANC Management & Trading adalah tanda cintanya pada Aiman Rifki. Mengertikah Aiman Rifki?

Siapakah perempuan yang berani mengambil risiko bersetuju berkongsi menubuhkan syarikat dengan seorang lelaki yang baru sahaja melukai hatinya semalam? Semalam, dia menangis semahunya setelah temannya, Didi memberitahu Aiman Rifki masih ada hubungan dengan teman wanita yang dikatakan telah putus sejak enam bulan yang lalu. Berdustakah Aiman Rifki pada dia selama ini? Sampainya hati Aiman Rifki mempermainkan perasaannya. Atau sebenarnya hanya dia yang berperasaan pada Aiman Rifki, sedangkan Aiman Rifki cuma menganggapnya kawan baik? Tetapi kenapa Aiman Rifki berjanji ingin berkahwin dengannya apabila berumur 28 tahun? Layanan dan ambil berat Aiman Rifki selama ini adakah sekadar gurauan? Kawan baik perlu dilayan seistimewa itu? Dia keliru sendiri.

Kerana impian dan cita-citanya ingin menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya, Ayu Putri pendamkan sahaja segala kesedihan yang melanda jiwanya. Langkah kakinya digagahkan juga ke Melaka walau hatinya terasa terlalu sedih dengan apa yang berlaku.
“Ya Allah, kuatkanlah hatiku. Kau tahu aku bersedih. Bantulah aku. Aku tak ingin kelihatan lemah di hadapan lelaki itu.”

Bas KKKL telah tiba. Gadis Cina di sebelah menggamit Ayu Putri mengajaknya naik ke dalam bas yang baru tiba. Ayu Putri menganggukkan kepalanya sambil tersenyum nipis.

“Ayu Putri, buanglah segala rasa yang mendukakan hatimu. Berusahalah demi cita-cita dan impianmu. Yakin dan percayalah pada diri kau mampu mengahadapinya. Walau gagal, kau tahu Tuhan sentiasa bersamamu,” Ayu Putri memujuk hati yang berduka.

Dia tekad walau apa pun terjadi, ANC perlu diteruskan. Dia juga sentiasa tahu Aiman Rifki sentiasa di hatinya. Walau seteruk mana pun Aiman Rifki melukai hatinya, dia terima apa adanya kerana dia menyayangi Aiman Rifki tanpa syarat dan sebab. Adakah cinta itu perlukan syarat atau sebab?





Thursday, May 21, 2009

sebening kasih...chapter12

“My dream, My hope, My soul, My love, My everything”

Kawan-kawan mula menyedari antara Aiman Rifki dan Ayu Putri seolah-olah ada sesuatu. Bila diajukan soalan, Ayu Putri hanya tersenyum atau menjawab ringkas, hanya kawan. Dia tidak mahu memanjang-manjangkan cerita kerana dia sendiri pun tidak pasti siapa dia pada Aiman Rifki. Kawan baik? Sahabat? Kekasih atau mungkin juga persinggahan. Dia tiada jawapan.

Kadang-kadang Ayu Putri rasa tertekan dengan hubungan yang tak pasti. Susah untuk dia membuat keputusan. Pesanan emak semasa pulang berhari raya sebulan yang lalu masih terngiang-ngiang di telinga.


“Ayu, siapa Aiman Rifki yang selalu telefon dan mesej Ayu? Mesti lebih dari kawan kan sebab mak tak pernah tengok ada lelaki telefon anak mak.” Ayu Putri hanya diam, gulai di atas dapur dikacau perlahan.
“Ayu, mak bukan apa. Mak tak nak anak mak mainkan perasaan orang lain. Tak baik. Nanti akan beri kesan pada hidup dia.” Ayu Putri masih diam. Dia melangkah perlahan ke meja makan.
“Mak, Ayu tak mainkan perasaan siapa-siapa mak. Aiman Rifki datang dalam hidup Ayu dengan tiba-tiba dan Ayu senang dengan kehadirannya. Ayu juga berharap hubungan ini hingga ke akhirnya. Tapi Ayu tak tahu kalau dia mainkan perasaan Ayu. Bagi Ayu, Ayu terima dia seadanya.” Ayu Putri berkata perlahan.
“Baiklah, kalau macam tu suruh mak dia datang ke rumah. Kita bincang elok-elok. Jangan mainkan perasaan orang, Ayu.” Pesan emak sekali lagi.



**************************


Di suatu malam, Ayu Putri tekad bertanya Aiman Rifki, siapa dia pada Aiman Rifki. Seperti biasa Aiman Rifki akan menghubungi Ayu Putri. Mereka akan berbual lama. Ayu Putri mengambil kesempatan untuk bertanya pada Aiman Rifki.

“Awak, kte nak tanya awak sikit. Kte harap awak tak marah kte. Kte malu, tapi kte perlu tahu. Hanya awak yang tahu jawapannya.” Ayu Putri memulakan bicara setelah mendapat panggilan daripada Aiman Rifki lewat malam itu.
“Ya, tanyalah. Kte tak marah.” Aiman Rifki menjawab ringkas.
“Emm..siapa kte pada awak?” Ayu Putri mengajukan soalan dalam debaran yang makin kencang. Aiman Rifki di sebelah sana masih diam. Ayu Putri mula gelisah.
“Emm..tak apa, awak tak perlu jawab sekarang. Mungkin awak perlukan masa,” Ayu Putri cuba berdiplomasi.
“Sebenarnya, kte perlukan masa, nanti kte bagi tahu awak ye. Kte akan kahwin dengan awak bila umur kte 28 tahun. Buat masa sekarang kte kawan dulu ye,” Aiman Rifki memberi jawapan.
Giliran Ayu Putri pula terdiam. Tiba-tiba Ayu Putri membalas, “Kte sanggup menunggu awak walau seribu tahun lagi.”
“Emm..awak tak takut ke kalau kte pegang pinggang awak yang ramping?” Aiman Rifki mengusik sambil tergelak.
Muka Ayu Putri memerah. “Apa yang kte miliki hanya untuk suami kte. Setiap masa kte berdoa semoga Allah pelihara kehormatan kte hanya untuk suami kte.” Ayu Putri membalas dalam sebak. Matanya mula bergenang. Tulus hatinya memberi selautan kasih hanya untuk Aiman Rifki.

“Ya Allah, moga Kau pelihara kehormatan dan kecantikan diriku hanya untuk suamiku. Aku pohon padaMu, ya Allah. Jika dia ditakdirkan untukku, aku rela menjadi miliknya.”

Monday, May 11, 2009

SEBENING KASIH..chapter 11

“Relevankah aku dihatimu”

Pakaiannya telah siap dikemas. Beg biru gelap itu digalas. Kakinya laju melangkah menuju ke perhentian bas di hadapan Jusco Taman Universiti. Seketika kemudian, bas yang ditunggu tiba. Setibanya di hadapan restoran McDonald Sri Skudai, dia menekan loceng. Beg pakaiannya digalas. Tangga bas dituruni. Dia mengeluh perlahan. Pembinaan jalan baru di persimpangan Sri Skudai menyusahkan pengguna jalan terutamanya pejalan kaki seperti Ayu Putri. Dia terpaksa berjalan jauh untuk melintas jalan menggunakan jejantas. Bimbang dia ingin melintas tanpa menggunakan jejantas, kenderaan semuanya dipandu dengan halaju tinggi memandangkan laluan tersebut termasuk dalam kategori lebuhraya. Berpeluh-peluh dia mendaki tangga jejantas. Jam tangannya dipandang. Jam telah menunjukkan pukul 8 pagi. Dia telah terlewat. Kakinya dihayun pantas.

Setibanya di persimpangan lampu isyarat berhampiran dengan Sekolah Menengah Sri Skudai, sebuah kereta Mercedez Benz berhenti di sebelah Ayu Putri. Ayu Putri memperlahankan langkahnya. Bibirnya mengukir senyuman. Lelaki tinggi lampai turun dari kereta dan menghampirinya. Ayu Putri menghulurkan beg pakaiannya dan memohon maaf di atas kelewatannya. Pintu kereta dibuka. Dingin pendingin hawa menyejukkan badannya yang berpeluh-berpeluh.

Perjalanan selama dua jam dari Johor Bahru ke Melaka terasa terlalu lama. Aiman Rifki telah beberapa kali menghantar mesej kepadanya. Tidak sabar ingin berjumpa dengan Ayu Putri katanya. Ayu Putri tersenyum senang. Dia juga seperti Aiman Rifki, tidak sabar untuk berjumpa dengan jejaka itu. Namun, tiba-tiba jantungnya berdebar kencang. Bagaimana nanti penerimaan emak Aiman Rifki nanti.



**************************

Sebaik melepasi Tol Air Keroh, matanya kembali segar. Sudah lama Ayu Putri tidak mengunjungi negeri Bersejarah itu. Kali terakhir dia ke situ tiga tahun yang lalu, semasa dia dan Syira praktikal di Majlis Daerah Jasin. Terlalu banyak kenangan manis dia dengan Syira di bumi Hang Tuah itu.

Setiap hujung minggu Bandar Hilir pasti dikunjungi. Mereka berdua akan menjelajah Kota A’Famosa. Sama-sama mendaki Bukit Cina sambil bercerita dan bergelak ketawa. Berehat seketika di puncak bukit, melepaskan penat dan melihat pemandangan Selat Melaka dari atas bukit. Lalu turun menyusuri lereng bukit mengunjungi Muzium Perahu. Akhirnya mereka singgah di taman berhampiran Dataran Pahlawan, melepaskan lelah. Bekalan makanan dibuka. Mereka duduk bersila di bawah pokok sambil menikmati nasi lemak ayam goreng dan susu GoodDay. Kegemaran mereka sama. Mereka bercerita, membuat andaian dan ketawa. Seolah-olah mereka tidak pernah dikunjungi masalah. Tika itu mereka tidak mempunyai kamera, maka tiap kenangan bersama diabadikan dalam ingatan.

Syira pernah berkata, “Gambar-gambar kita hari ini kita rakamkan di dalam ingatan kita. Sampai bila-bila pun kita akan ingat. Walau orang lain tidak dapat melihat kegembiraan dan kebahagian kita, tapi kita tahu kita bahagia berdua.” Inilah erti sebuah persahabatan. Ayu Putri tersenyum. Rindu dia pada Syira, teman baiknya yang memahami.

Lamunannya terhenti sebaik Mercedez Benz berwarna emas itu berhenti di hadapan bangunan Graha Peladang. Tangga ke tingkat dua didaki. Staf-staf Pejabat Projek Zon Tengah sedang menikmati juadah. Mereka dipersilakan makan. Pelbagai juadah dihidangkan. Ada lemang, ketupat, rendang, nasi beriani dan pelbagai lagi. Selesai menjamu selera, Ayu Putri memulakan kerja. Terlalu banyak benda yang perlu difikirkan. Tiba-tiba Haji Kamal menghampiri.
“Ayu, kita terus balik hari ni ye. Awak boleh selesaikan semua kerja hari ni kan.” Haji Kamal bersuara.
Ayu Putri terdiam. Teringat janjinya pada Aiman Rifki. Lambat-lambat dia menganggukkan kepalanya tanda setuju. Telefon bimbitnya dicapai. Aiman Rifki perlu dimaklumkan segera supaya senang dia memberitahu emaknya mereka tidak dapat berjumpa kerana Ayu Putri perlu segera pulang ke Johor Bahru.


**************************

Jam 8 malam baru Ayu Putri tiba di rumah sewanya. Dia terbaring kepenatan. Perjalanan itu sungguh memenatkan. Tambah-tambah lagi fikirannya asyik memikirkan Aiman Rifki. Tentu Aiman Rifki merajuk kerana mereka tidak dapat berjumpa. Bungkusan kuih yang dibawa untuk Aiman Rifki dipandang sayu. Bukan dia yang membatalkan temujanji itu tapi dia terpaksa atas arahan bosnya.

Ayu Putri mencapai telefon bimbitnya. Sekali lagi dia memohon maaf kepada Aiman Rifki. Sudikah Aiman Rifki memaafkannya? Seketika kemudian, mesej dari Aiman Rifki diterima.
“Kte tak marahlah. Nak buat macam mana kan. Awak tengah buat apa tu? Bila awak sampai?”
“Thanks. Kte baru je sampai. Kte tengah berfikirlah, awk. Kte nak beli kereta rasanya. Apa pendapat awak?” Ayu Putri membalas.
“Emm..awak nak beli kereta? Tak payahlah. Kte kan dah ada kereta. Kereta kte kereta awak juga kan. Baik awak beli rumah. Nanti kte boleh duduk sama-sama kan.” Aiman Rifki menambah.
Ayu Putri terkedu. Mesej dari Aiman Rifki dibaca berulang kali. Dia masih tidak percaya dengan apa yang ditulis oleh Aiman Rifki. Aiman Rifki memang makasudkannya ke?
Lama Ayu Putri terdiam sehingga tiba satu lagi mesej dari Aiman Rifki. “Emm..kenapa awak diam? Awak dah tidur ke? Awak tak sudi kongsi rumah dengan kte? Kte beli banglo ye.”
“Emm..kte tak tidur lagi. Bukan kte tak sudi tapi kte keliru. Kte takut awak akan berubah fikiran nanti” Ayu Putri membalas.

Mesej dari Aiman Rifki menimbulkan tanda tanya kepada Ayu Putri. Aiman Rifki yang memulakan tetapi tiba-tiba dia pula cuba mengalih topik perbincangan. “Kte ngantuklah awak. Kte nak tidur. Good night and sweet dream, Puan.”
Tidak mahu memanjang-manjangkan cerita, Ayu Putri membalas mesej Aiman Rifki. “Good night and sweet dream too, mytuan besar.”


**************************

Hujung minggu telah tiba. Hari ini Ayu Putri telah berjanji dengan rakan-rakannya ke kenduri Nana di Mantin. Hadiah untuk Nana telah dibalut kemas. Hadiah untuk seseorang yang istimewa di hatinya juga telah tersedia berbalut dengan pembalut berwarna biru, warna kegemaran Aiman Rifki. Hadiahnya ringkas tapi cukup bermakna bagi Ayu Putri. Sukakah Aiman Rifki dengan hadiah pemberiannya? Ayu Putri berkira-kira sendiri.

Ayu Putri mengenakan kebaya pendek berwarna biru gelap dipadankan dengan tudung berwarna putih. Kebaya itu dijahit oleh Kak Long untuk hari raya yang lalu tapi masih belum dipakai. Teringat dia dengan kata-kata Aiman Rifki apabila dia memberitahu Kak Long telah menjahit kebaya untuknya.
“Awak pakai kebaya? Ni kte tak senang duduk ni. Mesti awak nampak manis kan. Kte nak gambar awak pakai kebaya tu.” Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinganya. Akhirnya Ayu Putri membuat keputusan tidak memakai kebaya biru di pagi raya sebaliknya memakai kebaya tersebut pada hari ini. Ayu Putri tersenyum di hadapan cermin. Ija di sebelah kehairanan memandang Ayu Putri tersenyum-senyum. Menyedari dirinya diperhatikan, Ayu Putri memusingkan badannya ke arah Ija.
“Ija, jomlah ikut kami ke kenduri Nana. Jomlah Ija. Bukan selalu kan. Nana kahwin sekali je tau.” Ayu Putri memujuk teman sebiliknya.
“Tak naklah. Ija banyak kerja. Ayu pergilah dengan kawan-kawan. Nanti kirim salam kat Nana ye.” Ija menolak ajakan Ayu Putri.
“Emm..kalau Ija tak nak pergi, saya pun tak nak pergi. Nak bukaklah tudung ni.” Ayu Putri pura-pura merajuk. Ija tersenyum.
“Ok, ok. Ija tukar baju dulu ye. Ayu ni kan, kalau bab memujuk, hati siapa-siapa pun boleh cair.” Ija bergegas menukar baju.
Ayu Putri tergelak. Dia bersorak gembira. Syira dihubungi segera bagi memaklumkan Ija ingin mengikut mereka.

Setelah setengah jam menunggu di hadapan apartment Melana, akhirnya Syira tiba bersama Yaya dan Sasha dengan menaiki kancil putih. “Ija, jom. Tu mereka dah tiba. Takpe kan naik kancil, kita tak besar sangat pun kan.” Ayu Putri tersengih.
“Kamu berempat memanglah tak besar sangat tapi Ija ni yang tembam.” Jawab Ija. Ayu Putri tersenyum sambil meraih tangan Ija. Bahu Ija dipeluk mesra. “Ala..Ija. Janganlah macam tu. Ija duduk depan ye.” Ija tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Kancil putih memecut laju merentasi Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Mantin.

Mesej untuk Aiman Rifki dihantar segera bagi memaklumkan mereka telah bertolak ke Mantin. Aiman Rifki berjanji akan menunggunya di Tol Air Keroh. Mereka akan berkonvoi ke Mantin. Namun seketika kemudian, Aiman Rifki memberitahu dia akan terus ke Mantin kerana Amir bersamanya. Adakah hubungan ini menjadi satu rahsia? Ayu Putri berfikir sendiri.

Bungkusan hadiah hari jadi untuk Aiman Rifki dipandang. Bersungguh-sungguh dia mencari novel Relevankah Aku Di Hatimu di semua kedai buku untuk dihadiahkan kepada Aiman Rifki kerana dia sangat menyukai jalan cerita novel tersebut. Semua kedai buku di seluruh Johor Bahru, Terengganu dan Kuala Lumpur dijelajahnya semata-mata untuk sebuah novel. Semua rakannya dihubungi, namun dia masih hampa. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk membeli melalui internet tetapi memakan masa lebih seminggu. Sedangkan tiga hari lagi dia akan bertemu dengan Aiman Rifki. Dia hampa. Jusco Taman Universiti dimasuki. Untuk sekian kalinya kedai News.com dimasukki. Harapannya moga novel yang dicarinya ada di situ. Rak-rak buku di dalam kedai tersebut diperiksa dengan teliti.

Muka yang muram tadi bertukar ceria. Novel yang dicarinya terletak elok di atas rak. Hanya dua biji yang dipamerkan. Cepat-cepat Ayu Putri mencapai novel tersebut. Novel cinta berunsur Islam itu cukup menyentuh hatinya dan serba sedikit membentuk peribadinya. Banyak manfaat yang dia perolehi dari novel tersebut. Harapannya agar Aiman Rifki mendapat sesuatu daripada pemberiannya. Dia menuju ke kaunter pembayaran. Gadis di kaunter tersenyum memandangnya.
“Novel ni sangat laku. Tinggal dua ni je. Akak nak beli novel ni?” Gadis manis itu bertanya sambil tersenyum.
“Ya, dah lama saya cari novel ni. Baru hari ni saya jumpa. Dah banyak kedai buku saya pergi tapi tak ada. Tiap-tiap hari saya datang sini dengan harapan moga Allah menunaikan impian saya membeli novel ni. Akhirnya, dapat juga.” Ayu Putri tersenyum gembira.
“Iye? Akak nak baca atau nak hadiahkan pada seseorang?” Gadis itu bertanya lagi.
Ayu Putri tersenyum. “Emm..akak dah baca. Akak suka jalan ceritanya. Novel ini novel yang ilmiah. Sebenarnya akak nak hadiah kepada seseorang sempena hari lahirnya.”
“Tentu seseorang yang bermakna dalam hidup akak, kan. Kalau tak, akak tak kan berusaha sampai macam ni.” Gadis manis itu mengagak. Ayu Putri tidak membalas kata-kata gadis tersebut. Dia hanya tersenyum. Mukanya memerah. Duit bakinya dicapai seraya mengucapkan terima kasih. Bibirnya masih mengukir senyuman.


**************************

Setelah tiga jam di dalam kereta, akhirnya mereka sampai di Mantin. Sebentar tadi Aiman Rifki telah memaklumkan dia telah bertolak pulang. Malas menunggu lama, katanya. Ayu Putri tidak mengendahkan mesej dari Aiman Rifki. Biarlah Aiman Rifki ingin pulang dahulu, dia tidak kisah. Yang penting, dia perlu menemui Nana. Dia ingin mengucapkan tahniah kepada Nana. Mesti Nana gembira dengan kehadiran mereka.

Kelihatan tetamu masih ramai semasa mereka tiba di perkarangan rumah pengantin. Pengantin tengah bersolek rupanya. Nana kelihatan manis dengan kebaya hijau pucuk pisang. Mereka berpelukan. Tiba-tiba Ayu Putri terasa sayu, teman sebelah biliknya di universiti telah menjadi isteri orang. Nanalah yang telah mengajarnya memasak rendang. Ayu Putri cukup suka dengan rendang yang Nana masak. Sudah setahun lebih dia tidak merasa rendang buatan Nana. Rindu rasanya. Jika dulu, setiap kali pulang dari cuti semester, Nana pasti akan membawa rendang kegemarannya.

Ketika sedang menjamu selera bersama rakan-rakannya, tiba-tiba kereta Aiman Rifki memasuki perkarangan rumah Nana. Ayu Putri hanya memandang sekilas. Tadi, Aiman Rifki kata telah bertolak pulang. Setelah berjumpa dengan Nana dan suaminya, mereka meminta izin bertolak pulang. Bungkusan berbalut kertas biru dicapai dan diserahkan kepada Aiman Rifki. Ayu Putri hanya mengucapkan selamat hari lahir kepada Aiman Rifki dan berlalu pergi.

“Aiman Rifki, relevankah aku di hatimu?”


SEBENING KASIH..chapter 10

“Ucapkanlah kasih, senandung kata hatimu”

Hari-hari berlalu cukup indah. Layanan daripada Aiman Rifki buatkan Ayu Putri rasa disayangi dan dihargai. Dia ingin Aiman Rifki tahu betapa dia menghargai Aiman Rifki dalam hidupnya. Tanpa Aiman Rifki, tidak berseri harinya, tidak bermakna hidupnya. Aiman Rifkilah sumber kekuatannya. Aiman Rifkilah penemannya tika kerinduan kepada keluarga datang melanda. Begitu bermakna Aiman Rifki dalam hidupnya.

Semakin hari, hubungan Ayu Putri dan Aiman Rifki semakin intim. Setiap malam pasti Aiman Rifki akan menghubungi Ayu Putri. Keadaan ini menimbulkan tanda tanya di hati Ija. Ija dapat merasakan ada hubungan yang lebih dari kawan antara dua temannya itu. Namun dia masih mendiamkan diri. Terlihat perubahan pada wajah Ayu Putri tiap kali mendapat panggilan telefon. Wajah Ayu Putri akan kelihatan ceria dan bahagia.

Kira-kira jam 1 pagi sedang Ayu Putri dan Ija rancak berbual dan bergurau senda sambil mendengar radio hot.fm, tiba-tiba telefon Ayu Putri berbunyi. Ayu Putri tahu siapa lagi yang rajin menelefonnya pagi-pagi begini kalau bukan Aiman Rifki. Lantas telefon bimbit itu dicapai. Rupa-rupanya hanya missed call. Ayu Putri menghantar mesej.

“Dah pandai main miss call sekarang ye. Nakal. Cubit kang”
Seketika kemudian, telefon bimbit Ayu Putri berbunyi lagi menandakan ada mesej masuk. Pastinya daripada Aiman Rifki. “Alaa..sesekali jadi nakal tak salah kan. Awak kene biasakan diri kene kacau pagi-pagi macam ni. Awak tengah buat apa ye.”
Ayu Putri tersenyum membaca mesej dari Aiman Rifki. Memang saat ini dia merindui jejaka itu. Apatah lagi, lagu di radio membuai-buai rasanya. “Emm..kte ngah borak-borak dengan Ija sambil dengar lagu Ada Cinta. Lawaklah Fara Fauzana dan Faizal nyanyi. Rosak jadinya lagu tu..hehe”
“Emm..boleh awak nyanyi kan untuk kte? Kte nak awak tujukan lagu tu untuk kte” Aiman Rifki membalas.
“Suara kte tak sedaplah, awak. Tapi nanti kalau awak dengar kat radio, kte memang tujukan lagu tu untuk awak. Kte suka lagu tu. Kte harap awak pun suka..ucapkanlah kasih senandung kata hatimu, kerana ku tak bisa membaca matamu, mendengar bisikmu..” Ayu Putri menambah.
“Ok, kte nak tidur dah. Puan, Good night, sweet dream. Please dream of me tonight”. Aiman menutup bicara.
“Mytuan besar, good night and sweet dream too. Assalamualaikum” Ayu Putri membalas. Dia tersenyum. Ija yang sedang nyenyak tidur di sebelah dipandang sekilas.


**************************

Hari itu seperti biasa Ayu Putri bersiap-siap ke pejabat. Dia perlu segera menunggu bas berhampiran dengan Jusco. Jika terlewat 5 minit, dia pasti akan terlepas bas dan lambat sampai ke pejabatnya yang terletak di Sri Skudai. Di dalam bas, dia lebih suka mendengar radio melalui telefon bimbitnya. Stesen radio hot.fm memutarkan lagu Ada Cinta nyanyian Acha dan Irwansyah. Lagu itu mengingatkannya kepada Aiman Rifki. Dia tersenyum sendiri. Sudah bangunkah Aiman Rifki saat ini? Hatinya berdetik, “Bangunlah Tuan Besarku”.

Setibanya di pejabat, jam telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Dia mempunyai masa setengah jam lagi untuk bersarapan sebelum memulakan kerja. Gerai di hadapan Masjid Sri Skudai dituju. Nasi lemak berlauk daging goreng kunyit menjadi pilihan Ayu Putri bersarapan pada pagi tersebut. Dia cukup menggemari masakan kakak dari Dungun itu. Teringat dia kepada kampungnya apabila bersembang dengan kakak penjual nasi lemak di hadapan masjid.

Setelah bersarapan sebungkus nasi lemak dan secawan milo, Ayu Putri memulakan kerja. Seperti biasa, mesej dari Aiman Rifki akan mengunjungi telefon bimbitnya. “Good morning, puan. Have a nice day.” Ayu Putri akan membalas, “Good morning, mytuan besar. Have a nice day too.” Kemudian akan diikuti dengan panggilan telefon dari Aiman Rifki. Saat itu Ayu Putri merasakan betapa dia sangat-sangat dihargai dan Aiman Rifki terlalu mengambil berat tentang dirinya. Bahagianya dia saat itu. Moga kebahagian dan kemesraan ini berkekalan, doanya.

Sedang asyik dia menumpukan perhatian kepada kerja-kerjanya, terdengar ketukan dari bilik bosnya. Ayu Putri memandang ke arah dinding cermin yang memisahkan bilik Ayu Putri dan bosnya. Kelihatan Haji Kamal melambai-lambai ke arahnya. Dia bingkas bangun. Pintu bilik bosnya diketuk dan dia dipersilakan masuk. Lelaki berbadan agak gempal itu mempersilakan Ayu Putri duduk.
“Ayu, esok kita akan ke Pejabat Projek Melaka kerana ada jamuan hari raya. Saya nak awak duduk di Pejabat Projek Melaka dua tiga hari untuk mendapatkan maklumat tentang kajian kita. Boleh kan Ayu?” Haji Kamal memberi arahan. Ayu Putri mengangguk lemah.

Semasa waktu rehat makan tengahari, rakan pejabatnya, Mazlan mengajak Ayu Putri makan tengahari bersamanya. Ayu Putri hanya menggelengkan kepala. Alasannya dia masih kenyang. Sememangnya dia masih kenyang tapi itu bukanlah soalnya. Apa yang menjadi persoalannya sekarang, dia bimbang Aiman Rifki akan berkecil hati jika dia makan berdua dengan lelaki lain. Sebelum ini, pernah dia memberitahu Aiman Rifki yang teman lamanya ingin berjumpa. Lama Aiman Riki terdiam tanpa memberi kata putus. Hanya mesej yang mengatakan dia cemburu tiba setelah sekian lama Aiman Rifki mendiamkan diri. Dia mengerti, akhirnya temujanji itu dibatalkan. Dia cuba meletakkan dirinya di tempat Aiman Rifki. Lagipun, dia tidak pernah makan berdua dengan mana-mana lelaki termasuk Aiman Rifki. Berbaloikah tindakan Ayu Putri? Seketika kemudian seperti selalu, Ayu Putri akan mendapat panggilan dari Aiman Rifki, bertanyakan keadaannya. Aiman Rifki akan bercerita apa yang dia buat pada hari itu dan bermacam-macam lagi ceritanya. Ayu Putri terhibur dengan cerita dan layanan dari Aiman Rifki.

Ayu Putri menyampaikan berita tentang kedatangannya ke Melaka pada keesokannya. Kedengaran suara Aiman Rifki cukup gembira. Dia berjanji akan berjumpa dengan Ayu Putri. Ayu Putri meminta agar Aiman Rifki membawa seseorang bersamanya bagi mengelakkan fitnah. Apabila dua anak Adam berlainan jantina berjumpa, yang ketiganya adalah syaitan. Ayu Putri cukup menjaga dirinya supaya tidak menghampiri fitnah.
“Awak, kte harap awak bawalah sesiapa bersama-sama awak. Anak buah awak contohnya supaya bukan kita berdua sahaja.” Pinta Ayu Putri kepada Aiman Rifki.
“Emm..kenapa ye. Tengoklah dulu. Kte rasa kte akan bawa mak kte sama. Sebab kte nak kenalkan mak kte dengan menantu dia.” Aiman Rifki membalas.
Ayu Putri terkedu. “Emm..kte malulah awk. Tapi oklah daripada kita berduakan. Apa-apa pun kte bagitahu awak nanti.” Ayu Putri menambah. Aiman Rifki hanya bersetuju sebelum menamatkan perbualan.

Sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak, Ayu Putri mengemas baju-bajunya untuk dibawa ke Melaka. Biskut raya dan popia mini buatannya yang awal-awal lagi telah disimpan untuk Aiman Rifki dibungkus kemas. Sebaik kuih-kuih tersebut siap dimasak, dia telah bungkuskan untuk Aiman Rifki. Esok, akan dia berikan pada Aiman Rifki. Sekali lagi, Aiman Rifki akan menghubunginya bertanyakan pukul berapa dia akan bertolak. Aiman Rifki berpesan supaya pandai-pandai menjaga diri. Panggilan pada malam itu berakhir dengan ucapan selamat malam seperti biasa. Ayu Putri tidur dalam keadaan bibirnya mengukir senyuman.

Thursday, April 30, 2009

sebening kasih...chapter9

“Syawal,kumula merasai kehangatan kasihnya”

Seawal 3 pagi Ayu Putri tiba di rumahnya di kampung. Rumah separuh papan itu kelihatan berseri dengan lampu-lampu hiasan. Bunga-bunga kemboja di sepanjang pagar rumah kembang berseri. Harumnya semerbak. Emak dan ayah telah lama menunggu. Tangan kedua orang tua yang banyak berjasa itu, dicium. Terbau harumnya ikan masin yang digoreng. Perutnya tiba-tiba terasa lapar. Pantas dia menuju ke dapur. Kelihatan Kak Long sedang menggoreng ikan masin. Tangan Kak Long dicium. Tudung saji dibuka, banyaknya lauk-pauk yang emak sediakan. Semuanya makanan kegemaran Ayu Putri. Ada sambal udang, daging masak kicap, ayam masak merah, sayur campur dan yang paling istimewa, ikan masin buatan emak.

Selesai menikmati hidangan sahur pagi ramadhan yang terakhir, Ayu Putri meminta izin masuk ke biliknya. Seperti mesej dari Aiman Rifki mengunjungi telefon bimbitnya.
“Assalamualaikum, busyuk kte dah sampai?” Mesej Aiman Rifki dibalas.
“Waalaikumussalam, kte dah sampai. Hari ini hari pertama dan terakhir kte berpuasa dan bersahur kat kampung. Seronok tapi sedih.”

Ay Putri merebahkan badannya di atas katil bercadar kuning. Urat-uratnya yang tegang terasa lega. Dia memandang sekitar bilik tidurnya. Tiada apa yang berubah. Permaidaninya tetap sama. Langsir kuning masih menghiasi tingkap biliknya. Rindu dia pada suasana biliknya. Matanya melirik pada gambar yang terletak di sebelah komputernya. Gambar itu dicapai dan direnung. Bibirnya mengukir senyuman. Matanya tertancap pada belakang gambar.


With mytuan besar,

Hadirmu bagaikan cahaya. Tenang dan mendamaikan. Moga hubungan ini seteguh Jabal Uhud, sehijau perkebunan AlUyun, sebening wadi AzZubair.

Your Puan,
Januari 2007”

Gambar itu diletak kembali pada tempatnya. Bibirnya masih mengukir senyuman. Matanya dipejam. Ayu Putri terlelap dengan senyuman yang masih terukir di bibir.

**************************

Walaupun hanya tinggal sehari lagi untuk berhari raya, Ayu Putri masih bersemangat membuat persiapan hari raya. Almond London, tat gulung dan triffle ball perlu disiapkan. Itulah hidangan yang menjadi kemestian di hari raya. Kanak-kanak cukup suka memakan biskut-biskut tersebut. Itulah yang mereka cari apabila berkunjung ke rumahnya. Walaupun di rumahnya tiada kanak-kanak, namun Ayu Putri cukup suka melayan kanak-kanak.

Pagi itu, Ayu Putri menyiapkan biskut-biskut untuk hidangan hari raya. Bersemangat dia menguli tepung, membakar doh dan mencelup coklat. Hatinya puas apabila melihat 3 tin Almond London, tat gulung dan triffle ball tersusun di atas almari.

Malam Syawal itu cukup indah. Aiman Rifki menelefonnya. Mereka berbual panjang. Selama ini Ayu Putri tidak pernah mendapat panggilan dari mana-mana lelaki menjelang hari raya.
“Pada pendapat awak, apa makna cinta? Aiman Rifki bertanyakan Ayu Putri. Terkedu Ayu Putri mendengar soalan yang tak disangka-sangka dari jejaka itu.
Lama Ayu Putri terdiam. “Pada pendapat kitalah kan, love is like you make a coffee. You tasted it first before you give to someone that you love. Means that, you try to give the best you can.”
Emm..kiranya awak memang dah pakarlah dengan cintakan. Kitalah orang yang plaing bertuah kalau dapat memiliki awak.” Aiman Rifki membalas.
“Tak mungkin, kita cuma perempuan biasa, tak setanding awak. Duduk tak sama rendah, berdiri tak sama tinggi.” Ayu Putri merendah diri.
“Just wait and see.” Itulah kata-kata Aiman Rifki sebelum menamatkan perbualan. Ayu Putri terdiam. Dia mula memikirkan perasaannya kepada Aiman Rifki.

“Aiman Rifki, kumula menyedari rasa ini makin dalam. Pernah dulu kupinta padaNya moga tutuplah pintu hatiku untuk mana-mana lelaki sehingga tiba waktunya kubertemu dengan seseorang yang sememangnya ditakdirkan untukku. Seadainya telah Dia ciptakan untukku rela aku menjadi milikmu. Adakah kau tercipta untukku, Aiman Rifki?”

Tonight that the night I fall for you over again..fall for you over again..

**************************

Wednesday, April 15, 2009

SEBENING KASIH..chapter 8

“Ramadhan, datangmu membawa sinar”

Dua minggu di JB, ramadhan datang lagi. Sekali lagi puasanya tanpa keluarga di sisi. Rasa sedih menyuncuk-nyucuk jantungnya tatkala tibanya waktu sahur. Hanya secawan milo dan tiga keping biskut cream cracker hidangan sahurnya pagi itu. Seleranya mati. Kalau di rumah pasti emak menyediakan bermacam-macam lauk-pauk yang sedap-sedap. Ada daging masak merah, sup sayur, ikan masin goreng dan macam-macam lagi. Yang pasti, ikan masin buatan emak itulah yang sentiasa membuka seleranya. Mereka sekeluarga pasti duduk beramai-ramai mengadap hidangan sahur. Semua mata segar menikmati masakan emak.

Sedang asyik Ayu Putri melayan rasa sayunya, lamunannya dikejutkan dengan bunyi mesej masuk. Air mata yang menitis di pipinya disapu perlahan. Telefon bimbit Motorola C168 pemberian Kak Ngah dicapai. Dia sudah sedia maklum jika telefon Motorola yang menggunakan talian Digi itu berbunyi pasti itu dari Aiman Rifki. Talian Digi hanya digunakan untuk berhubung dengan Aiman Rifki. Begitu juga Aiman Rifki.
“Busyuk kte dah bangun? Waktu sahur dah nak habis ni.” Mesej dari Aiman Rifki dibaca.
Lantas mesej itu dibalas. Tidak mahu Aiman Rifki menunggu lama.
“Dah, kte baru lepas sahur. Terima kasih ye ingatkan kte.”

Mesej mengejutkannya sahur dan berbuka puasa dari Aiman Rifki telah menjadi satu rutin dalam hidup Ayu Putri. Sehari tanpa mesej dan panggilan telefon dari Aiman Rifki seolah-olah tidak lengkap hidupnya dan pasti ada sesuatu yang terjadi antara mereka. Mungkin Aiman Rifki merajuk atau Ayu Putri yang merajuk. Dalam doa setiap solatnya Ayu Putri memohon kepada Allah moga hubungan mereka direstui.

“Busyuk kte, selama berbuka ye. Makan apa hari ni?” mesej dari Aiman Rifki sekali lagi mengunjungi peti masuk telefon bimbitnya.
“Thanks ye, awak. Hari ni kte beli kat pasar je. Tak rajinlah nak masak..hehe. awak makan apa ye?” Ayu Putri membalas mesej Aiman Rifki.
“Hari ni mummy kte masakkan asam pedas ikan parang dan sambal udang. Favourite kte tu. Dua pinggan kte tambah. Jadi gemuk jap kte. Awak pandai tak masak asam pedas Melaka?” Aiman Rifki membalas mesej Ayu Putri.
Tergelak Ayu Putri membaca mesej Aiman Rifki. Tak dapat dia bayangkan kalau Aiman Rifki gemuk. Dengan gelak yang masih bersisa, mesej dari Aiman Rifki dibalas, “Wah, sedapnya. Ni rasa nak balik rumah kte ni. Jeleslah kte dengan awak. Emm..kte tak pandai sangat masak asam pedas. Tapi kte boleh belajarkan:-)”.
“Emm..kalau nak belajar masak asam pedas dengan mummy kte, kenelah jadi menantu dia dulu kan. Nanti awak boleh masakkan untuk kte macam mummy kte masak”. Terkedu Ayu Putri dengan mesej Aiman Rifki. Seriuskah Aiman Rifki dengan kata-katanya? Mesej Aiman Rifki hanya dibalas dengan simbol senyuman.

**************************

23 Oktober 2007, selepas dua minggu Ramadhan menjelma Ayu Putri mendapat satu pesanan sewaktu bersahur. Berkali-kali Ayu Putri membaca mesej yang tulisan yang tertera di telefon bimbitnya.
“Selamat pagi, busyuk kte. Kte dah nak bertolak ke JB ni. Hari ni kte nak berbuka puasa dengan awak. Kte berbuka sama-sama ye. Tak sabar nak jumpa awak. Dah lama kte tak jumpa awak kan.”

Mesej daripada Aiman Rifki di pagi yang hening itu begitu mengejutkannya. Matanya dipejam celik berkali-kali. Dia masih tidak percaya dengan apa yang dibacanya. Namun hatinya berbunga riang. Dia telah merancang, hari ini dia akan pulang awal. Ayu Putri akan maklumkan pada bosnya dia ada majlis berbuka puasa bersama rakan-rakannya.

Hari itu, Ayu Putri mengenakan baju kebaya hijau berkain batik ke tempat kerja. Dia kelihatan manis dan sopan. Awal-awal lagi dia telah bersiap. Dia ingin tiba awal di pejabatnya untuk menyelesaikan tugas-tugasnya. Kedatangan Aiman Rifki menaikkan semangatnya.

Sejam lagi waktu berbuka akan tiba. Rakan-rakan sepejabatnya masih tidak menunjukkan tanda-tanda ingin pulang. Bosnya pula masih tekun membuat kerja di dalam biliknya. Ayu Putri mula gelisah. Aiman Rifki dan Syira telah beberapa kali menghubungi. Matanya melirik jam tangan. Dia membuat keputusan berjumpa dengan bosnya. Pintu bilik bosnya diketuk perlahan. Terdengar suara menyuruh dia masuk. Ayu Putri melangkah sopan.

“Ya, ada apa Ayu?” tanya Haji Kamal tanpa melihat wajah Ayu Putri. Matanya masih menatap surat-surat yang bertimbun di atas mejanya. Ayu Putri menelan air liur. Tekaknya terasa kering.
“Haji, sebenarnya saya nak minta izin balik awal. Saya ada majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan lama.” Ayu Putri berterus terang. Haji Kamal mengangkat mukanya. Tangannya berhenti menulis. Wajah Ayu Putri direnung. Ayu Putri mula gelisah.
“Baiklah, tapi esok awak kene datang kerja,” Haji Kamal mengizinkan dengan syarat. Ayu Putri mengangguk pantas, walaupun esok hari cuti. Bibirnya mengukir senyuman. Dengan sopan dia mengucapkan terima kasih dan meminta izin keluar.

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, beg tangan berwarna coklat itu dicapai. Dia berjalan pantas ke stesen bas yang berhampiran dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Skudai. Jauhnya lebih kurang 2 kilometer dari pejabatnya. Bukan dia tidak boleh meminta Aiman Rifki menjemputnya tetapi dia yang tidak mahu menyusahkan Aiman Rifki. Malu rasanya meminta lelaki yang mula menghuni hatinya itu datang menjemput.

Bas yang ditunggu masih belum tiba. Dia mula gelisah. Terasa cepat masa berlalu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
“Hello, assalamualaikum,”Ayu Putri menjawab telefon.
“Waalaikummussalam, awak kat mana ye. Awak jadi datang tak? Dah lama kita tunggu awak.” Aiman Rifki bertanya.
“Emm..kita tengah tunggu bas. Sabarlah, kejap lagi bas sampai.”Ucap Ayu Putri perlahan. Hatinya berdebar-debar.
“Laa..kenapa tak bagitahu kita? Kita boleh jemput awaklah.” Aiman Rifki membalas.
“Kita tak nak susahkan awak. Lagipun bukannya jauhkan.”

**************************

Setibanya di Singgora, jantung Ayu Putri makin kencang berdegup. Terasa ingin luruh jantungnya. Kawan-kawannya seramai sepuluh orang telah lama menunggu. Jejaka bert-shirt berbelang biru merenungnya. Pipinya mula merona merah. Bibirnya mengukir senyuman, namun senyuman Ayu Putri tidak dibalas. Seolah-olah Aiman Rifki tidak mengenali Ayu Putri. Ayu Putri menarik kerusi di sebelah Syira, cuba menutup rasa gugupnya.

Aiman Rifki tidak menegurnya. Memandangnya jauh sekali. Rakan-rakan lain semuanya disapa. Dia sibuk bercerita dengan rakan-rakan lain. Seolah-olah Ayu Putri tidak wujud di situ. Ayu Putri berbual-bual dengan Ija dan Syira di sebelahnya, cuba membuang rasa terkilannya. Kedatangan pelayan restoran Singgora menghantar makanan yang dipesan mengganggu kerancakan mereka berbual. Seketika kemudian, azan maghrib berkumandang. Masing-masing diam, menikmati hidangan berbuka. Begitu berselera Aiman Rifki menikmati nasi goreng cendawan dan neslo aisnya. Lain pula yang terjadi pada Ayu Putri. Nasi paprik dan laici ais yang dipesannya tidak mampu membuka seleranya. Tekaknya terasa sempit. Perutnya terasa sebu. Bukan dia tidak lapar. Sikap Aiman Rifki yang tidak mengendahkannya di hadapan rakan-rakan mematikan seleranya.

Ayu Putri dan Ija bangun ke kaunter pembayaran. Aiman Rifki turut bangun. Di kaunter pembayaran, Aiman Rifki cuba berbual dengan Ayu Putri.
“Awak dah nak balik?” Aiman Rifki memulakan bicara.
Ayu Putri senyum, “Ya, kita tak solat lagi. Dah lewat ni. Awak terus balik rumah ke?” Ayu Putri pula bertanya. Ija di sebelah melangkah keluar. Mungkin tidak mahu mengganggu kedua rakannya itu berbual. Ija tahu, mereka makin rapat sejak akhir-akhir ini. Aiman Rifki sering menghubungi Ayu Putri hampir setiap malam. Namun dia masih belum pasti sejauh mana hubungan mereka.

“Emm..kita kene balik sekarang sebab kita nak masuk pejabat sekejap, nanti lambat pula kita sampai.” Aiman Rifki merenung Ayu Putri. Ayu Putri tertunduk malu.
“Kita belanja awak. Kita balik dulu ye,” Ayu Putri berkata perlahan. Dia melangkah keluar. Aiman Rifki mengikut dari belakang. Rakan-rakan di meja memandang mereka. Ayu Putri cuma melemparkan senyuman kepada rakan-rakannya dan meminta izin pulang. Dia harus cepat tiba di rumah kerana waktu maghrib hampir tamat.

**************************

Setibanya di rumah, tudung krim yang menutup kepalanya dibuka. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Nama Aiman Rifki tertera di skrin. Panggilan itu dijawab.
“Kita balik dulu ye, dah sampai nanti kita call awak.” Suara Aiman Rifki di sebelah sana kedengaran ceria.
Ok, kita tunggu call awak. Drive carefully.” Ayu Putri membalas. Sedikit pun dia tidak merajuk walau tadi Aiman Rifki menyakiti hatinya. Begitu cepat Ayu Putri memaafkan Aiman Rifki.

Panggilan ditamatkan dan Ayu Putri bergegas ke bilik air mengambil wudhu’. Waktu maghrib hampir ke penghujungnya. Selesai solat Maghrib dan Isyak, al-Quran di atas almari dicapai. Khusyuk dia membaca ayat suci al-Quran, sesekali suaranya terdengar sayu apabila tiba pada ayat yang menceritakan kesedihan. Setelah setengah jam, bacaan al-Quran diakhiri dengan doa. Ayu Putri berdoa panjang. Doanya agar hubungannya dengan Aiman Rifki berkekalan dan dalam restu. Moga mendapat keredhaan Allah. Dia juga memohon agar terpelihara daripada kemungkaran dan hasutan syaitan. Air matanya menitis tatkala dia mengadu kepada Tuhan betapa dia ikhlas mengasihi Aiman Rifki. Telekung yang dibuka dan dilipat kemas.

Laptop pemberian bosnya dicapai. Dia perlu menyelesaikan kerja-kerja yang masih tertangguh. Sedang dia leka membuat kerjanya, telefon bimbitnya berbunyi lagi. Sudah tentu Aiman Rifki telah sampai di rumahnya. Hatinya lega, Aiman Rifki telah selamat tiba.
“Assalamualaikum,” Ayu Putri memulakan bicara.
“Waalaikummussalam, awak dah tidur ke?” Suara di sebelah sana kedengaran.
“Belum lagi, kita tengah buat kerja sikit. Kita tunggu awak call. Awak kata awak nak call kalau awak dah sampai kan.”
Kedengaran suara Aiman Rifki tergelak. “Emm..awak cantiklah tadi tapi kenapa awak tak duduk sebelah kita? Awak malu ye. Tak bestlah tak dapat borak dengan awak.”
Ayu Putri tergelak kecil. “Hari ni je ke kita cantik? Sebelum ni kita tak cantik ke? Tapi kita rasa kan, tiap-tiap hari kita cantik.” Ayu Putri bergurau.
“Bukan macam tu, hari ni awak lebih cantik.” Aiman Rifki menjawab.
“Pandai awak ye nak ambik hati kita. Kita bukan tak nak duduk sebelah awak, tapi kita malu. Lagipun dah tak ada ruang kan. Semua orang nak cakap dengan awak. Tak apalah bagi peluang kat diorang. Kita bila-bila je boleh sembangkan.” Ayu Putri menjawab panjang. Dia masih tersenyum. Terasa diri sangat penting pada Aiman Rifki.
“Emm..mana aci macam tu. Kita nak sembang dengan awak. Awak cantik bila malu. Kita suka.” Di akhir kata-katanya Aiman Rifki ketawa.
“Awak tak penant ke? Jauh awak drive tadi. Esok nak bangun awal kan. Gilah rehat ye.” Ayu Putri cuba menamatkan perbualan. Tidak mahu Aiman Rifki terus merepek. Dia bimbang hatinya tidak cukup kuat. Sedangkan Ayu Putri sendiri tidak pasti siapa dia pada Aiman Rifki.

**************************

Ramadhan yang mulia akan berakhir tidak lama lagi. Semua orang sibuk membuat persiapan untuk menyambut lebaran yang bakal tiba. Ayu Putri membelek-belek barang-barang yang dibeli petang tadi. Kerongsang untuk emak, blaus untuk Kak Long dan Kak Ngah, kasut untuk ayah dan adik. Ayu Putri tidak membeli apa-apa untuk dirinya. Bajunya masih banyak yang baru. Kebaya biru yang Kak Long jahit sebelum datang ke JB baru sekali dipakai. Barang-barang yang baru dibeli di Plaza Angsana dimasukkan ke dalam beg. Dua hari lagi dia akan pulang beraya. Tiket bas ke Kuala Lumpur telah dibeli awal-awal. Setibanya dia KL dia akan pulang bersama Kak Ngah dan suaminya ke kampung. Tidak sabar rasanya ingin pulang berjumpa dengan mak dan ayah. Dan yang paling dia rindui adiknya dan si comel Syakirin.

Pagi-pagi lagi Ayu Putri telah bersia-siap untuk menaiki bas ke Kuala Lumpur. Ija, teman serumahnya dikejutkan. Tangan Ija disalami, lantas teman serumahnya itu dipeluk erat. Mereka saling berdakapan. Menitis air mata Ayu Putri. Hati Ayu Putri memang mudah tersentuh. Disebabkan itu, dia terkenal dengan panggilan Puteri Air Mata di kalangan teman-teman rapatnya. Sejenak dia terkenang teman-teman baiknya Syira, Ika, Ija dan Nini. Itulah teman-teman baiknya di universiti tempat bertukar cerita suka dan duka. Rindu dia kepada teman-teman yang lebih setahun tidak bersua.

“Ija, saya balik dulu ye. Maafkanlah salah silap, halalkanlah makan minum saya. Jaga diri. Balik kampung, jangan lupa kirim salam kat mak.” Tangan Ija dilepaskan. Bibirnya mengukir senyuman. Ayu Putri melangkah ke lif. Tangannya dilambaikan sehingga pitu lif tertutup.

Saturday, April 11, 2009

SEBENING KASIH..chapter 7

“Haruskah kesabaranku diuji”

30 Ogos 2007, hari terakhir Ayu Putri bertugas di syarikat jurukur. Hari itu juga dia hari terakhir dia berada di Terengganu. Esoknya dia akan bertolak ke Johor Bahru. Barang-barangnya telah dikemas. Hatinya telah ditanamn dengan azam yang kukuh untuk mencapai impian dan cita-citanya.

Tidurnya malam itu sekali lagi diganggu dengan bunyi mesej masuk. Dengan malas dia mencapai telefon bimbitnya, tertera nama Aiman Rifki. Terkejut dia membaca mesej dari Aiman Rifki. Benarkah apa yang dia baca? Mesej yang diterima dibaca berulang kali. Kata Aiman Rifki, dia telah putus dengan teman wanitanya. Perasaan kesian timbul di hatinya. Namun terdetik rasa tidak senang di hatinya. Berguraukah Aiman Rifki dengan dia selama ini? Dia keliru sendiri. Cepat-cepat dia yakinkan dirinya dia cuma kawan. Doanya moga bukan dia penyebabnya.

Hari pertama melangkah ke bangunan rumah kedai dua tingkat di hadapan masjid itu Sri Skudai memberikan Ayu Putri semangat baru. Soal Aiman Rifki dibuang jauh-jauh. Tekadnya untuk bekerja bersungguh-sungguh dan menyambung pengajian ke peringkat sarjana. Dia akan bekerja sambil belajar apabila duit simpanannya sudah cukup nanti. Kakinya melangkah satu persatu anak tangga menuju ke tingkat dua. Hatinya berdebar-debar. Bagaimanakah penerimaan bos dan rakan-rakan barunya nanti.

Loceng pintu utama ditekan. Seketika kemudian, muncul seorang pekerja perempuan membuka pintu. Ayu Putri meleparkan senyuman pada wanita berbaju kurung berbunga merah itu. Tangan wanita itu disalami.
“Nama akak Nor Beattey, boleh panggil Kak Betty,” wanita hitam manis itu memperkenalkan diri dengan ramah. Keramahan Kak Betty membuatkan Ayu Putri selesa.
“Nama saya Ayu Putri. Akak boleh panggil saya Ayu je,” balas Ayu Putri sambil tersenyum.
Suara Ayu Putri yang gemersik dan tingkahnya yang lemah lembut memikat hati Betty. Gadis manis itu direnung. Ayu Putri nampak manis dengan baju kurung berwarna krim. Cara duduknya sopan sekali. “Siapakah lelaki bertuah yang memilikimu, dik?” Gumam Betty.

Ayu Putri diberi sedikit penerangan ringkas tentang syarikat dan projek-projek yang sedang dijalankan. Sekarang mereka sedang menyiapkan satu kajian Rancangan Tempatan Daerah Port Dickson dan mereka merupakan pakar runding utama bagi kajian ini. Sudah pasti banyak kerja yang perlu dikendalikan. Kadang-kadang mereka perlu bekerja sampai larut malam untuk menyiapkan satu-satu laporan.

Ayu Putri telah sedia maklum, kajian pelan pembangunan ini akan menghasilkan tiga jenis laporan secara berperingkat mengikut persetujuan Jawatankuasa Teknikal. Laporan-laporan ini bermula dengan Laporan Awal, Laporan Penemuan dan Rekabentuk dan Laporan Draf Akhir. Penyediaan Pelan Pembangunan ini memerlukan komitmen yang tinggi dan idea-idea yang rasional serta menarik bagi mengahasilkan pelan yang boleh dijadikan rujukan perancangan oleh klien dalam melaksanakan pembangunan.

Ayu Putri dibawa melawat seluruh ruang pejabat. Ruang tingkat atas kedai dua tingkat itu telah diubahsuai dan dipecahkan kepada lima ruang. Ayu Putri lebih menyukai ruang yang menempatkan pelbagai jenis laporan dan rujukan. Dindingnya dicat dengan warna hijau epal, warna kegemaran Ayu Putri. Ayu Putri diperkenalkan dengan tiga pekerja lain. Lan, Azu dan K.Fara. Mereka kelihatan ramah dan cepat mesra.

Sudah seminggu Ayu Putri bekerja di syarikat perancang di Skudai. Dia telah mula menyesuaikan diri dengan waktu kerja yang tidak menentu. Dua hari lagi mereka perlu menyiapkan laporan penemuan untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal. Kelam kabut mereka menyiapkan laporan tersebut. Disebabkan kesuntukan masa, mereka diarahkan bekerja lebih masa. Ini kali pertama Ayu Putri bekerja sehingga malam selepas dia tamat belajar.

Sejak pagi dia mengadap laptop di depannya. Dia hanya berehat untuk solat dan menjamah sedikit makanan. Matanya mula terasa pedih dan badanya lenguh-lenguh. Kepalanya dipusing ke kiri dank e kanan untuk menghilangkan penat. Kepalanya direbahkan ke meja. Matanya dipejam perlahan-lahan. Razlan, seniornya di universiti berada di sebelahnya tidak dihiraukan.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dengan malas telefon bimbit itu dicapai. Tertera nama Aiman Rifki. Hatinya berdebar-debar. Jantungnya berdegup kencang. Butang jawab ditekan. Terdengar suara memberi salam di sebelah sana. Lidahnya masih kelu. Dalam gementar, salam Aiman Rifki dijawab perlahan. Panjang lebar Aiman Rifki bercakap hanya sepatah dijawabnya. Dia masih tergamam. Beberapa ketika, panggilan ditamatkan. Mungkin Aiman Rifki perasan kegugupan Ayu Putri. Ayu Putri masih merenung telefon bimbitnya. Dia masih terkejut.

Tiba-tiba menungan Ayu Putri dikejutkan dengan bunyi mesej masuk. Aiman Rifki tidak sudah-sudah mengganggunya. Mesej dari Aiman Rifki dibaca perlahan. Tangannya menggelentar. “Awak malu dengan kte ye. Suara awak tadi macam segan je kan tapi kte suka. Mesti muka awak merah kan:-)”. Ayu Putri tersenyum. Mesej Aiman Rifki dijawab ringkas, “mana ada. Saya tengah kerjalah. Lain kali kte borak ye. Lagipun bos saya ada tadi.”

Sejak dari hari itu, Aiman Rifki makin kerap menghubungi Ayu Putri. Setiap hari pasti ada sahaja mesej yang mengunjungi peti masuk telefonnya. Ke mana sahaja Aiman Rifki pergi, pasti dia memberitahu Ayu Putri. Ayu Putri jadi rimas. Mesej Aiman Rifki jarang dibalasnya. Dia cuba menjaga hubungannya dengan Aiman Rifki. Dia takut mereka terlalu rapat.
“Aiman Rifki, cukuplah memberi harapan pada Ayu. Ayu terseksa dan keliru. Ayu bukan persinggahan. Tolonglah, Aiman. Kesianilah Ayu,” Ayu Putri merintih sendiri. Pada siapa harus dia ceritakan keresahan hatinya.

Namun Aiman Rifki tidak pernah putus asa. Jika tidak dapat menghubungi Ayu Putri melalui telefon, dia akan menghantar email. Satu mesej yang melembutkan sedikit hati Ayu Putri, yang membuatkan Ayu Putri mula berfikir keikhlasan Aiman Rifki.

“Di suatu malam yang dingin, dengan hembusan angin sepoi bahasa, tiada sekelumit pun bintang, aku duduk berdikir moga aku dan temanku bisa bergembira bersama dan kekal selamanya.”

Terharu Ayu Putri dengan kata-kata itu, ada maksud tersirat di situ. Pantas tangan Ayu Putri menaip mesej, “Duhai bayu, sampaikan salamku buat temanku. Bisikkan padanya kalimah ilmu agar dia bijaksana, dodoikan dia dengan bicara lembutmu agar dia tenang selalu.”

Saturday, April 4, 2009

SEBENING KASIH..chapter 6

“Hidup ini suatu perjalanan yang panjang”

Sudah 2 minggu berlalu. Mesej-mesej dari Aiman Rifki dipandang sepi. Hati Ayu Putri gelisah. Bimbang Aiman Rifki berkecil hati. Dia jadi keliru. Kepada teman baiknya, Fadilah seorang pelajar Senibina Landskap dia mengadu segala gundahnya. Dengan Fadilah, dia rasa lebih dekat dengan Tuhan. Fadilah, gadis manis bertudung labuh sering menasihatinya dengan penuh kelembutan. Mereka sering bertukar cerita dan rahsia. Sebenarnya Fadilah adalah kawan sekelas rakan sebiliknya. Entah macam mana mereka menjadi teman rapat yang saling menasihati dan mengasihi kerana Allah.


“Ukhti, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Selamilah hatimu. Hati akan tenang jika kita melakukan yang hak dan hati akan gundah jika melakukan bukan pada haknya. Dirikanlah istikharah. Minta PetunjukNya dan yakinlah dengan petunjukNya.”

Pesanan ringkas dari Fadilah petang itu cukup mendamaikan dan memberi Ayu Putri satu penyelesaian bagi masalahnya. Terasa kerdilnya diri berbanding teman yang dikasihinya itu. Mengapa selama ini dia alpa dengan satu kuasa yang Maha Agung?

Dengan rasa kehambaan, tika semua insan lena diulit mimpi indah, bangkitlah seorang gadis cuba melawan kantuk yang menyerang. Dingin air paip menyegarkannya. Lantas telekung dicapai. Khusyuk dia mengabdikan diri pada Tuhannya. Memohon keampunan, merintih dan merayu, mengadu segala gundahnya. Kepada Allah Ayu Putri pohon petunjuk agar diberi ketenangan. Moga tiap keputusannya dipandu Tuhan. Teringat dia dengan pesanan ustaznya semasa di SMAP Kajang dahulu. Sebagai seorang hamba, istikarah patut dilakukan setiap malam kerana setiap hari kita membuat keputusan. Walau pun bukan wajib hukumnya tapi satu amalan yang disukai Allah. Rasa hinanya diri, tika ditimpa masalah dan gundah, baru terdetik hatinya kerjakan istikharah.

Setelah tiga malam berturut-turut mengerjakan istikharah, terdetik hatinya memohon maaf kepada Aiman Rifki. Jari-jari halusnya pantas menaip.
“Assalamualaikum, en.Aiman maaf mengganggu. Saya mintak maaf dengan segala ketidakwajaran tindakan saya. Saya harap awak sudi maafkan saya..:-)” Butang hantar ditekan. Debar hatinya. Bimbang Aiman Rifki tidak memaafkannya.

Seminit, dua minit, mesej Ayu Putri tidak dibalas. Telefon bimbitnya direnung. Hatinya hampa. Namun Ayu Putri pasrah. Tiba-tiba menungannya dikejutkan dengan bunyi mesej masuk. Cepat-cepat telefon bimbitnya dicapai. Melihat nama yang tertera, jantungnya berdebar kencang.

“W’slm, busyuk kte. Awak tak buat salah apa-apalah. Lamanya awak diam kan:-)” mesej dari Aiman Rifki menguntumkan senyum Ayu Putri. Dunianya yang suram terasa bercahaya. Hati Ayu Putri terasa tenang. Harapannya agar itulah ketenangan yang Fadilah maksudkan.

Sejak dari peristiwa itu, Ayu Putri cuba menganggap Aiman Rifki hanya sebagai kawan baik walau kadang-kadang gurauan Aiman Rifki menggentarkan jantungnya. Suatu malam, ketika kenduri perkahwinan Kak Ngah, mesej Aiman Rifki sekali lagi mengundang debaran. Aiman Rifki bertanyakan tentang persandingan dan katanya, dialah pengantin lelaki itu dan Ayu Putrilah pengantin perempuannya. Tersipu-sipu Ayu Putri apabila menerima mesej tersebut. Mesej Aiman Rifki membuai-buai rasa Ayu Putri. Selayaknya pasangan bercinta sahaja bebicara tentang itu. Ayu Putri kebingungan. “Aiman Rifki, bercintakah kita?” gumam Ayu Putri perlahan. Tidurnya dengan senyum di bibir.

**********************

25 Ogos 2007, Ayu Putri bersama rombongan menghantar Kak Ngah ke rumah mertuanya di Port Dickson menginap di Eagle Range Resort. Penuh sebuah bas dengan sanak saudara dan jiran tetangga. Riuh rendah resort dengan suara kanak-kanak. Sedang asyik Ayu Putri melayan kerenah sepupu-sepupunya, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Tertera nombor yang tidak dikenali di skrin telefonnya. Dalam tertanya-tanya, dia menjawab panggilan tersebut.

“Hello.”
“Hello. Boleh saya bercakap dengan Ayu Putri?” suara di sebelah sana menjawab.

Apabila terdengar suara pemanggilnya lelaki, serta merta Ayu Putri menjadi gugup. Belum pernah dia menerima panggilan dari mana-mana lelaki melalui talian telefon bimbitnya. Tergagap-gagap Ayu Putri menjawab, “Ya, ya..aa..Ayu Putri bercakap.”

“Saya membuat panggilan dari Public Bank, saya dapati Puan Ayu ada membuat pinjaman dengan bank sebanyak RM10 ribu tapi masih belum membuat bayaran.” Si pemanggil memulakan bicara.

Debaran tadi masih belum hilang dan sekarang tiba pula kejutan yang lain. Ayu Putri bertambah gugup. Suaranya mula bergetar. Dia rasa ingin menangis. Siapa pula yang mengkhianatinya. Dia terdiam. Setelah beberapa ketika, dia mula bersuara.

“Emm..maafkan saya, saya belum Puan. Masih Cik. Betul ke tu nama saya? Entah-entah encik tersilap. Saya tak pernah buat pinjaman dengan mana-mana bank.”

“Betul, cik Ayu Putri. Tak kan saya nak menipu cik pulak” balas si pemanggil. Jelas di pendengaran Ayu Putri, si pemanggilnya cuba menahan ketawa.

“Lagi satu, boleh cik bacakan ic saya?” Ayu Putri bertanya lagi bagi memastikan memang dia orangnya. Peluh dingin membasahi dahinya. Sepupu-sepupunya yang mula nampak perubahan wajah Ayu Putri mula mengelilingi Ayu Putri.
Kali ini giliran si pemanggil pula terdiam. Tiba-tiba Ayu Putri terdengar si pemanggil ketawa. Ayu Putri kebingungan.

“Ayu, ni Aiman Rifkilah. Tak kan Ayu tak perasan. Ayu apa khabar? Ni kat mana ni?”
Ayu Putri masih terdiam. Rasa terkejutnya belum hilang. Aiman Rifki memang nakal.

Dengan tergagap-gagap Ayu Putri menjawab, “Aiman rupanya, maafkan saya. Saya tak perasan suara awak. Awak mana pernah telefon saya. Saya sihat. Sekarang saya kat PD. Nakal ye.”

Aiman Rifki tergelak. “Ala, gurau je. Ni, Aiman nak mintak tolong Ayu belikan satu set labu sayong untuk Aiman. Aiman nak letak dalam muzium pendidikan yang syarikat Aiman buatkan. Boleh ke Ayu tolong Aiman?”

“Emm..nanti saya cuba carikan. Awak nak bila ye. Ahad ni saya balik, jadi saya akan carikan untuk awak lepas tu. Boleh kan?” Ayu Putri menjawab.

“Ok,” Aiman Rifki menjawab ringkas. Sebelum menamatkan perbualan sempat Aiman Rifki berpesan. “Jangan lupa bayar hutang RM10ribu tu. Nanti kene kejar lagi,” kata Aiman sambil ketawa.

Sebaik perbualan ditamatkan. Ayu Putri menarik nafas. Dia tersenyum. Sepupu-sepupunya yang mengelilingi tadi serentak bertanya, “Siapa yang telefon tu Kak Ayu?”

“Kawan”, Ayu Putri menjawab ringkas. Pipi kembar Wana dan Wani dicubit geram. Serentak kedua-duanya menjerit marah. Ayu Putri tergelak dan berlari masuk.

**********

“Busyuk kte, dah tidur ke? Boleh ke kte tahu berapa gaji awak ye,”. Mesej Aiman Rifki mengejutkan Ayu Putri yang sedang lena. Isinya mengundang tanda tanya di fikiran Ayu Putri.

Ayu Putri membalas, “Dah tidur tapi ada orang kacau, terus terjaga. Kenapa awak nak tahu gaji saya ye?”

“Emm..saja. Kte nak kira pendapatan isi rumah kte. Agak-agak cukup tak ye. Awak tahu, kte ada banyak impian. Salah satu impian kte adalah memiliki syarikat sendiri. Kte dah cuba banyak kali tapi kte selalu gagal. Kte nak buat bisnes dengan awak untuk masa depan kte bersama”. Aiman Rifki meluah rasa hatinya.

Ayu Putri tergamam membaca mesej Aiman Rifki. Benarkah apa yang dikata? Terasa dirinya di penting pada Aiman Rifki. Dia mula yakin Aiman Rifki tercipta untuknya. Walau hatinya berbunga riang, dan jiwanya menadah kesyukuran, mesej Aiman Rifki dibalas pendek. “InsyaAllah, mudah-mudahan Allah memberkati dan menunaikan segala impian kita.”

Sejak dari hari itu, Ayu Putri mula serius memikirkan masa depannya. Akhirnya setelah berbincang dengan Aiman Rifki, Ayu Putri membuat keputusan berhenti kerja dan menerima tawaran bekerja di salah sebuah syarikat perancang di Skudai kerana prospek kerja yang lebih baik. Semuanya adalah persediaan untuk syarikat mereka nanti. Kata Aiman Rifki, dia akan mencari pengalaman dalam bidang pembinaan manakala Ayu Putri akan menceburi bidang perancangan dan pengendalian projek. Apabila digabungkan pasti kemahiran mereka akan lebih mantap. Pada emak dan ayah, Ayu Putri pohon restu. Walaupun keberatan meninggalkan keluarga di Terengganu, namun Ayu Putri harus cekalkan hati untuk masa depan.

“Aiman Rifki, jalan panjang yang melontarkan aku ke sini adalah kehendakNya. Demi cintaku padamu dan demi impian bersama, telahku korbankan segalanya. Kupohon agar kau mengerti Aiman Rifki”.



Wednesday, April 1, 2009

SEBENING KASIH..chapter 5

“Hadirmu tanpa dipinta”

Azan maghrib berkumandang sebaik sahaja Ayu Putri tiba di rumahnya. Baru dua hari dia diterima kerja sebagai Pegawai Pembangunan Tanah di sebuah syarikat jurukur di Bandar Kuala Terengganu. Tugasnya menyedia pelan-pelan kadaster, pelan kejuruteraan dan menyelia pentadbiran pejabat. Satu pengalaman baru baginya, berbeza dengan pembelajarannya di universiti. Walaupun gajinya tak seberapa, tidak setaraf dengan kelulusan yang diperolehi namun Ayu Putri tidak kesah kerana baginya pengalaman lebih berharga.

Bertugas sebagai Pegawai Pembangunan Tanah di syarikat jurukur yang mana bidang kerjanya lebih kepada on-site survey dan engineering method memerlukan dia bergaul dengan pekerja-pekerja lelaki seramai lebih 30 orang di bawah seliaannya.

Sebaik sahaja Ayu Putri menyarungkan telekung, Nokia Butterflynya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Ayu Putri memandang sekilas pada telefon di atas meja.

“Siapalah yang rajin menghantar mesej maghrib-maghrib begini. Tak pernah pulak terima mesej waktu-waktu macam ni,” gumam Ayu Putri perlahan.

Setahunya, kawan-kawan rapatnya sedia faham yang dia tidak suka menerima mesej atau panggilan di waktu-waktu begitu. Ayu Putri meneka-neka siapa yang menghantar mesej. Dia ingin membiarkan sahaja. Dia membuat keputusan selepas solat baru dia akan membuka mesej tersebut. Tiba-tiba terdetik di hatinya, mungkin penghantarnya dalam kecemasan dan memerlukan pertolongan Ayu Putri.

Nokia Butterfly dicapai. Tangannya menekan-nekan kekunci telefon. Tertera nama Aiman Rifki. Hairan dia dengan mesej tersebut. Tidak pernah jejaka itu menghubunginya selama hampir lima tahun belajar sekelas. Mesej tersebut dibuka, Aiman Rifki memberitahu dia telah mula bekerja sebagai Project Manager di sebuah syarikat di negerinya. Sebagai kawan, Ayu Putri tumpang gembira dan mengucapkan tahniah. Doanya agar Aiman Rifki akan terus berjaya dan cita-citanya tercapai.

Siapa sangka, mesej yang pertama itu, adalah permulaan untuk hubungan yang seterusnya. Mesej seminggu sekali menjadi semakin kerap. Pada mulanya hanya bertanya khabar. Semakin hari, Ayu Putri dan Aiman Rifki semakin rapat. Ada sahaja cerita yang dikongsi. Mereka saling bertukar cerita dan masalah. Aiman Rifkilah tempat Ayu Putri berkongsi suka duka. Dan Ayu Putrilah tempat Aiman Rifki mengadu masalah. Aiman Rifkilah lelaki pertama yang rapat dengan Ayu Putri di sepanjang kehidupan Ayu Putri selama 23 tahun. Layanan Aiman Rifki semakin hari ada kelainannya. Panggilan Ayu telah bertukar menjadi panggilan yang lebih manja. Mungkin kedengaran agak lawak namun itulah yang menguntumkan senyuman dan membuai hati Ayu Putri. Inikah yang dinamakan cinta?

Setiap malam pasti ada sahaja mesej yang mengunjungi peti masuk telefon bimbit Ayu Putri. Tiba-tiba telefon bimbit Ayu Putri berbunyi menandakan ada mesej masuk. Ayu Putri tersenyum riang. Tentu mesej dari Aiman Rifki. Namun, apabila mesej dibuka, tertera nombor yang tidak dikenali di peti masuk telefon bimbitnya. Hilang senyumnya. Mesej tersebut dibuka lambat-lambat.

“Hi, busyuk kte dah makan? Apa khabar hari ni?” mesej tersebut dibaca. Muka yang masam tadi bertukar ceria. Rupa-rupanya mesej dari Aiman Rifki. Tentu Aiman Rifki telah menukar nombor telefon.


“Ye, en. Aiman. Saya dah makan. Awak makan apa hari ni? Emm..kenapa guna nombor lain ye.” Mesej Aiman Rifki dibalas pantas. Bimbang Aiman Rifki akan merajuk jika mesejnya lewat dibalas. Sudah faham benar dia dengan perangai Aiman Rifki. Pernah dia lewat membalas mesej Aiman Rifki kerana tertidur. Jenuh dia memujuk Aiman Rifki yang merajuk kerana mesejnya lambat dibalas.

“Hari ni mummy kte masakkan sambal udang. Sedap sangat. Nanti busyuk kte boleh masakkan untuk kte kan. Emm..ni nombor baru kte, khas untuk busyuk kte” mesej Aiman Rifki lagi.

Ayu Putri tersenyum membaca mesej Aiman Rifki. Benarkah apa yang Aiman Rifki maksudkan? Hatinya berbunga riang walaupun mereka hanya berhubung pada waktu malam sahaja. Ayu Putri merasakan hubungan dia dengan Aiman Rifki ada kelainannya. Seandainya Aiman Rifki dicipta untuknya, dia terima ketentuan itu dengan redha.

_______ *****_______

Pertama kali berjumpa selepas sekian lama berhubung melalui telefon menggentarkan hati Ayu Putri. Lidahnya kelu apabila Aiman Rifki tiba di meja mereka berkumpul. Malam itu, Ayu Putri memakai skirt labuh hitam dipadankan dengan blaus hitam bermanik. Dia kelihatan anggun. Sesekali Aiman Rifki menjeling Ayu Putri. Ayu Putri cuba mengawal diri. Sejuk tangannya. Ayu Putri yang sememangnya pemalu, diam membisu. Mujurlah kawan-kawan mereka yang sedang rancak berbual tidak menyedari tingkah Ayu Putri dan Aiman Rifki. Seronok mereka bercerita pengalaman masing-masing yang mula bekerja.

Majlis Konvokesyen inilah peluang untuk mereka berkumpul setelah semuanya membawa haluan masing-masing selepas habis belajar. Terasa hilang penat setelah lebih empat tahun bergelumang dengan buku-buku, kerja kursus, pelan-pelan, design, drawing dan segala macam masalah di universiti apabila dapat menggengam segulung ijazah. Gembira melihat wajah emak dan ayah tersenyum bangga anaknya melangkah ke atas pentas menerima ijazah.

“Busyuk kte, kte balik dulu ye. Tak seronoklah tak dapat tangkap gambar dengan awak. Awak pergi mana? awak menyorok dari kte ye. Kte pasti merindui awak.” Mesej dari Aiman Rifki lewat petang itu mengunjungi peti masuk telefon bimbit Ayu Putri.

Muka Ayu Putri merona merah. Mesej Aiman Rifki dibals, “Saya tak ke mana-mana. Ada je kat situ. Awak je yang tak nampak saya. Ok, jaga diri ye.” Kata-kata rindu lelaki itu tidak dibalas. Walau memang dia teringin mengatakan betapa dia merindui lelaki itu. Biarlah dia simpan kemas-kemas dalam hatinya. Suatu hari nanti bila tiba masa dan ketikanya, akan dia ucapkan juga pada lelaki itu.

_________________*****_________________

Berita yang diterima dari Syahirah, teman baiknya di universiti dulu sungguh mengejutkannya. Dalam debaran dan rasa hati yang tak menentu pesanan dari laman Friendster itu dibaca perlahan.

Cik Putriku sayang,
Saya menyayangi awak seperti saya menyayangi diri sendiri. Apa yang saya tahu, Aiman dah ada teman istimewa. Teman wanita dia masih belajar di salah sebuah universiti di utara. Saya harap awak tak marah dengan apa yang saya cakap. Mungkin awak perlu berhati-hati tapi tak salah kalau awak memberi dia peluang. Mungkin dia betul-betul serius. Apa-apa pun janganlah terlalu mengharap. Dan walau apa pun terjadi, I always be beside you. Salam sayang..

Your Princess

Ayu Putri terkedu. Rasa bersalah pada seorang perempuan menyelebungi diri Ayu Putri. Nafasnya dihela perlahan. Sesak dadanya. Matanya mula terasa panas. Air matanya menitis. Hati Ayu Putri yang lembut terasa pilu. Wajarkah dia melayan seorang lelaki yang bukan haknya? Bukan salah Aiman Rifki tapi salahnya. Salahnya kerana menyimpan harap. Salahnya kerana melayan lelaki itu lebih-lebih. Salahnya kerana memberi tindak balas dan membuka ruang untuk Aiman Rifki melakukan kesilapan.

Hubungan cinta adalah pertunangan antara dua hati. Secara logiknya sudah pasti telah ada perjanjian antara hati mereka. Tergamakkah Ayu Putri menjadi penghalang perjanjian dua hati? Kesian perempuan itu, pasti hatinya terluka.

Malam itu, mesej Aiman Rifki tidak dibalas. Dia lebih senang berdialog dengan Tuhannya. Biarlah Aiman Rifki merajuk. Dia tidak selayaknya melayan rajuk Aiman Rifki. Biarlah Aiman Rifki mengatanya macam-macam. Dia lebih rela dari melukai hati perempuan lain kerana dia juga seorang perempuan.

“Aiman Rifki, maafkan Ayu. Tidak terniat untuk melukai. Tetapi Ayu tak biasa begini, Aiman. Ayu tak biasa ada teman rapat lelaki. Ayu hanya ada kawan rapat perempuan. Ayu takut akan wujud penyakit hati antara kita. Maafkan Ayu, Aiman. Mungkin pada Aiman, Ayu kolot tapi itulah Ayu." Ayu Putri bermonolog.

Kepada Tuhan, dia mengadu. Menginsafi segala keterlanjurannya. Sudikah Tuhan menerima taubatnya? Basah sejadah dengan hamburan air mata Ayu Putri di pertiga malam itu. Sayu hatinya mengalunkan bacaan Yassin. Doanya panjang.

“Tuhanku, sudikah kau terima taubat hambaMu yang hina ini. Ya Allah, ampunilah hambaMu ini. Tiada daya upaya melainkan ketentuanMu. PadaMu aku berserah, Ya Allah. Seandainya dia untuk ku, aku rela menjadi miliknya. Tapi seandainya dia bukan untuk ku, redhalah aku dengan ketentuanMu. Ya Allah, ampunilah hambaMu yang lemah ini. Tidak terniat untuk ku melukai hati insan lain.”

“Aiman Rifki, hadirmu tak kupinta, kejutkanlah ku dari mimpi ini.”

Saturday, March 28, 2009

SEBENING KASIH..chapter 4

“Persahabatan ini selamanya bermakna”

Tangga di Perpustakaan Sultanah Zanariah, dituruni satu persatu. Sebelum keluar dari perpustakaan tadi, Ayu Putri bertembung dengan jejaka Sarawak kelasnya. Dari jauh jejaka itu mengukir senyuman. Senyuman jejaka itu dibalas, pantas kakinya melangkah ke arah jejaka tersebut.

“Alik, awak apa khabar? Lama ye awak ke Sarawak.” sapa Ayu Putri.
Alik tersenyum mesra. “Aku baik sahaja. Kamu bagaimana?” ucap Alik dalam lograt negerinya.
“Macam yang awak nampak. Emm..ada ole-ole untuk saya? Ika awak bagi, saya tak bagi pun. Pilih kasih, ye.” Ayu Putri menarik muka masam. Pura-pura merajuk. Dia memang suka mengusik Alik. Alik adalah antara pelajar lelaki kelasnya yang selalu bercakap dengannya selain Azam.

“Bukan..bukan begitu. Bukan aku tidak mahu bagi pada kamu. Ni aku dah simpankan untuk kamu. Aku cuma tidak mahu kawan-kawan kita fikir yang bukan-bukan tentang kita” balas Alik perlahan sambil menghulurkan keychain bertulis perkataan Sarawak kepada Ayu Putri.

Ayu Putri menerima pemberian itu dengan wajah gembira. Muka Alik dipandang. Ayu Putri mengajak Alik berbual-bual di ruang legar perpustakaan. Ada sesuatu ingin dia tanyakan pada Alik.

Sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusi kuning di ruang legar perpustakaan itu, Ayu Putri membuka mulut.
“Alik, kalau saya tanya sesuatu awak jangan marah ye,” Ayu Putri memulakan bicara. Wajah Alik dipandang tenang.

“Emm..tanyalah”, Alik menjawab perlahan.
“Emm..kenapa sejak akhir-akhir ini Alik macam tak nak berbual lagi dengan saya? Saya ada buat salah pada Alik ke?” Ayu Putri bertanyakan soalan yang selalu bermain di fikirannya. Dulunya mereka selalu berbual-bual di studio. Alik selalu bertanyanya tentang Islam. Cukup seronok dia bercerita tentang indahnya Islam pada jejaka yang berfahaman “free thinker” itu. Setiap lepas solat, dia berdoa agar Alik memilih Islam sebagai pegangannya. Namun sejak akhir-akhir ini, Alik seolah-oleh menjauhkan diri daripadanya.

Alik kelihatan gelisah. Matanya melilau ke kiri dan ke kanan. “Ayu, kamu tak buat salah apa-apa pada aku. Aku cuma rimas dengan kawan-kawan kita. Setiap kali ada orang nampak kita berbual-bual di studio, apabila aku pulang ke kolej, bilik aku akan dikerumuni. Semua orang berlari-lari ke bilik aku bertanya apa yang aku bualkan dengan kamu. Aku jadi rimas, Ayu.” Ucap Alik perlahan. Mukanya muram.

Ayu Putri tertunduk pilu. Terdetik di hatinya kenapa ada manusia yang tidak senang dengan keakraban mereka. Mereka tidak mengacau orang lain. Kesian Alik, dia cuma ingin tahu tentang Islam.

“Ayu, aku tidak mahu kawan-kawan kita menyalah ertikan keakraban kita. Aku tidak mahu menyusahkan kamu. Aku suka bercerita dengan kamu. Kamu seorang yang open-minded, aku bebas bercerita apa sahaja dengan kamu. Fikirku, orang seperti kamu akan pesimis kepada orang yang “free-thinker” seperti aku. Tapi aku silap. Kamu tidak merendahkan pendapat aku. Sebenarnya terlalu banyak aku ingin tahu tentang Islam tetapi aku tidak mampu, Ayu. Aku sangat menghargai kamu sebagai kawan aku. Terima kasih, Ayu.” Sedih suara Alik berkata-kata.

Ayu hampir menitiskan air mata. “Alik, abaikan apa orang cakap ye. Saya sentiasa sudi bercerita dengan Alik. Tanyalah apa sahaja saya akan cuba menjawab,” kata Ayu dalam sebak. Bibirnya diketap kuat. Cuba menahan tangis.
“Tak apalah, Ayu. Aku tidak mahu menyusahkan kamu. Aku pergi dulu Ayu. Kalau kawan-kawan kita nampak aku bersama kamu, nanti lain pulak cerita yang timbul”. Alik bingkas. Langkahnya diatur laju menuju ke pintu masuk perpustakaan. Ayu Putri memandang sayu. Dia mengeluh perlahan. Keychain pemberian Alik direnung. Air matanya yang hampir menitis diseka.

“Alik, awak tetap kawan saya. Saya sentiasa doakan awak moga suatu hari nanti, hidayah Allah akan sampai pada awak,” gumam Ayu dalam sendu.

Tangga Perpustakaan Sultanah Zanariah dituruni perlahan. Fikirannya masih teringatkan kata-kata Alik tadi. Siapalah yang tidak puas hati dengan keakraban mereka. Entah di mana silapnya, tiba-tiba dia terasa seperti badannya menggelongsor ke bawah. Bertaburan buku-bukunya. Semua yang berada di bilik belajar 24 jam memandang ke arahnya. Ada yang memandang simpati, tidak kurang juga yang tersenyum lucu. Cepat-cepat Ayu Putri bingkas bangus. Buku-bukunya dikutip. Pantas dia melangkah pulang ke kolejnya. Tidak tahu macam mana keadaan dia semasa jatuh tadi. Terasa mukanya memerah menahan malu.

Setibanya di bilik, tudung krim yang menutup kepalanya dibuka. Fatin yang sedang menatap komputer dirapati. Tanpa dipelawa, katil bercadar hijau tua itu dihenyak. Dia merenung Fatin. Fatin yang sedang tekun menyiapkan tugasan memandangnya sekilas. Jarang Fatin melihat wajah Ayu Putri begitu. Gadis itu sentiasa ceria. Fatin memusingkan badannya mengadap Ayu Putri. Pasti ada sesuatu yang mengganggu emosi teman sebiliknya itu.

“Ayu, kenapa ni? Kenapa muka tu cemberut je. Bergaduh dengan pakwe ye,” usik Fatin. Sengaja dia mengusik Ayu Putri. Sememangnya dia telah sedia faham, Ayu Putri tidak mempunyai seseorang yang istimewa. Bagi Ayu Putri, pelajaran lebih utama.
“Mana ada. Fatin ni, orang serius dia main-main pulak,” rajuk Ayu Putri.
“Ok..ok..cerita kat Fatin. Fatin tak main-main dah. Janji,” ucap Fatin sambil mengangkat tangannya seperti berikrar.

Tiba-tiba pintu bilik mereka dikuak. Aida menjengukkan kepalanya. “Fatin, tadi kata nak pergi arked. Nak makan tengah hari. Tak bersiap lagi ke?” ucap Aida sambil melangkah ke dalam bilik. Kerusi di meja Ayu Putri ditarik. “Ayu, jom ikut kami makan kat arked,” tambah Aida. Ayu menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum nipis. Peristiwa jatuh tangga tadi mematikan seleranya.

“Kejaplah Aida. Kawan kita ni tengah ada masalah. Ok, Ayu. Ceritalah apa masalahnya,” kata Fatin sambil bangun mencapai t-shirt lengan panjang berwarna khakis yang tersangkut di dalam almari bajunya.

“Sebenarnya, saya tengah sedih ni. Sesuatu telah terjadi pada saya tadi. Saya pun tak sangka benda ni akan jadi pada saya. Malu sangat. Tak tahu nak letak kat mana muka ni. Tak nak ke PSZ lagi lepas ni,” ucap Ayu Putri perlahan.

Fatin merapati Ayu Putri. Muka Ayu direnung hairan. Tangan Ayu dipegang. “Ayu, kenapa ni? Ceritalah kat kami.”

Ayu Putri tunduk memandang lantai. “Sebenarnya, masa saya nak balik tadi. Saya terjatuh kat tangga PSZ. Dari anak tangga paling atas, tergolek sampai ke bawah. Sakit tau. Semua orang kat dalam bilik belajar 24 jam pandang saya. Siap ada yang gelak lagi. Tak tahu nak letak muka ni kat mana.” Selesai sahaja bercerita, Ayu menyembamkan mukanya ke bantal Fatin.

Fatin dan Aida tergamam. Mereka saling memandang. Serentak kedua-duanya ketawa berdekah-dekah di atas lantai bilik itu. Ayu Putri bingkas bangun. Bulat matanya memandang kedua-dua rakannya yang sedang ketawa. Tiba-tiba ketawanya turut pecah. Mereka sama-sama ketawa. Hilang rasa sedih Ayu. Ayu menanam tekad baju kurung krim berbunga kuning itu akan dihantar pulang ke kampung. Tidak mahu lagi memakai baju kurung yang dipakainya semasa terjatuh di tangga PSZ.
____________________________ ******____________________________

“Impian itu semakin hampir dalam gengaman”

Hampir lima tahun di bumi UTM, Skudai terlalu banyak kenangan Ayu Putri bersama rakan-rakannya. Di sini segalanya bermula. Dan di sini juga segalanya akan berakhir. Tidak lama lagi mereka akan mengikut haluan masing-masing.

Mereka pasti tak akan dapat lagi menikmati keenakan nasi putih dan telur dadar bersama sup kosong di Central Point apabila pinjaman atau biasiswa belum masuk. Pernah suatu hari mereka seramai lima orang menempah 5 biji telur dadar sehingga tukang masak kafe mengatakan telur telah habis kerana tidak larat memasak terlalu banyak telur dadar. Mereka sudah pasti tidak dapat lagi merasai kerangupan pisang goreng dan keenakan nasi kerabu bazaar ramadhan di perkarangan tempat letak kereta B11. Balai Cerap sudah pasti tidak lagi dikunjungi dan didaki. Monyet-monyet di sepanjang jalan ke Balai Cerap tidak akan lari berkeliaran lagi apabila ditakutkan oleh mereka. Yang pasti Blok B11, Fakulti Alam Bina tidak akan riuh lagi dengan gurau senda dan nyanyian sumbang mereka. Tempat letak kereta B11 itu juga tidak akan dapat menyaksikan gadis lincah itu bermain kejar-kejar di waktu malam.

Hari terkahir di bumi UTM itu, tidak banyak yang diperkatakan. Semua sibuk menyiapkan kertas projek untuk dinilai. Tiada ucapan selamat tinggal. Masing-masing tergesa-gesa ingin pulang. Ada yang telah mendapat kerja dan perlu bertugas secepat mungin. Syukur, begitu murah mereka.

“UTM, bumi barakahmu kami tinggalkan. Moga makin ramai cendikiawan yang kau lahirkan. Hari ini bumimu kami tinggalkan, esok kami pasti akan datang. Segulung ijazah kami bawa pulang.”