Monday, June 3, 2013

asyraf oh asyraf

dh hampir setahun 6 bulan kte menjadi seorang mama..setahun 69 bulan itu, banyak yg kte belajar. terlalu banyak..I always learn..

bersama asyraf terlalu banyak kenangan manis, asyraf banyak mengubah suasana..asyraf pencetus ceria, asyraf mengerat kasih dan cinta. asyraf selalu membuatkan mama rindu ble di pejabat.

Setahun 6 bulan usia asyraf tak pernah sekali pun mama tinggalkan asyraf walau tuntutan kerja memaksa mama outstation. Macam mana sekali pun mama tetap akan bwk asyraf dan of courselah papa jadi peneman sebab sampai sekaranga syraf fully breastfeeding. Asyraf langsung tak minum FM dan akan menolak jika diberi. kadang-kadang anak mama ni buat-buat muntah walau pun tengah tido. Tidak susah menjaga asyraf, sehingga ke usia ini, baru 3 kali asyraf demam, di dalam tempoh berpantang pun asyraf tak pernah berjaga malam. hanya sesekali bangun menyusu. sehingga hari ini asyraf tak pernah merengek waktu malam walau tengah demam. asyraf hanya diam cuma kurang aktif.



Asyraf tunggu mama meting di Menara Persekutuan, MITC
                        
Asyraf anak kebanggaan mama. Asyraf lebih cepat bercakap dari berjalan. Seusia 11 bulan asyraf dh boleh bercakap skit-skit dan mama dah mula faham ape yg anak mama cakap. Genap setahun, asyraf dah boleh berjalan dan makin lasak. Penat mama mengejar namun mama xpernah jemu. Mama suke asyraf mama aktif. Mama tak kesah rumah kte tak ade barang-barang cantik asalkan asyraf mama bebas bermain. masa umur asyraf setahun 2 bulan, mama mula perasan asyraf mama willing utuk solat, asyraf dh bleh sebut 'bismillah' dan alhamdulillah' walau dalam pelat..tapi mama syukur thats the good thing and thats yr efford. asyraf anak yang aktif, tak pernah seminit pn asyraf akan duduk melainkan masa tidur n 1 thing..masa azan dan org baca alQuran..asyraf akn duduk diam..lepas je habis azan, asyraf akan tarik tangan mama or papa suruh cepat-cepat solat, kalau tak segera solat asyraf akan menangis, anakku asyraf, keletahmu menyentuh hati mama..Ya Allah telah Kau hantarkan kepada kami little khalifah yang sentiasa mengingati kami untuk solat.

Pakai jubah kakak bagi dan baca yassin
                                       
Asyraf anakku, yang hatinya dekat pada alQuran (mudah-mudahan).  Selalu sangat ajak mama mengaji dan asyraf akan duduk atas riba mama masa mengaji sambil pegang yasin dan akan solat dengan mama n papa. agaknya sejak diawal kandungan lagi sehingga kelahiran asyraf sudah terbiase dengan kitabbullah maka hati anakku dekat dengan kalam Allah. Moga-moga al-Quran sentiasa di hatimu anakku.


di usia asyraf setahun 3 bulan, asyraf mula faham do's and dont's, asyraf telah tunjuk minat kepada kapal terbang. ble mama tanye "adik nak jadi ape ble besar nanti?" asyraf jawab "pilot " dalam pelatnya. ble mama tanye "pilot bwk ape?" asyraf akan jawab dalam pelatnya "kapal terbang" sambil tunjuk tangan naik ke atas..aduhai asyraf anakku, macam manalah mama tidak rindu padamu. bukan sahaja mama malah mereka yang pernah bersamamu turut merindui mu, sayang. mainan asyraf bukan tab atau game yg kanak-kanak suke main tapi mainan asyraf adelah permainan lego, fisher price dan buku. asyraf selalu suruh mama bacakan buku cerita dan ape yg mama mampu lakukan kerana kesibukan adalah main lego dan masak dengan anak mama. The precious time I ever had.

asyraf sudah pandai buat pilihan, asyraf dah pandai memilih baju untuk dipakai, asyraf dah tahu sampah kene buang dalam tong sampah, asyraf suke tolong mama sapu sampah, asyraf tahu ridsect gunanya untuk sembur pada semut. sebab tu asyraf cepat-cepat berlari ke dapur mintak ridsect kalau nampak semut. oh, asyraf mama.  asyraf terlalu banayak mengikut papa. segala-galanya mama nampak papa dalam diri asyraf..sesungguhnya asyraf adalah pelengkap kasih sayang mama dan papa.

Asyraf dan papa di Pulapol. Segamat
      
tulisan ini bukan tujuan untuk menunjuk asyraf, sekadar satu titipan untuk asyraf tatap dan hayati perjalanan hidunya, untuk asyraf tahu kisah-kisah kita ble masanya mama atau papa xmampu lagi bercerita..