Wednesday, May 8, 2013

Sekarang tengah panas isu pilihanraya..macam-macam berita kte dgr..kte jd malas dh nk mendengar..cukuplah sekadar menjadi pemerhati.

Bicara buat pemimpin-pemimpin yang terpilih : Memimpinlah dengan adil dan sewajarnya.

Dari Ibn Umar r.a. Sesungguhnya Rasulullah Saw. Berkata :”Kalian adalah pemimpin, yang akan dimintai pertanggungjawaban. Penguasa adalah pemimpin, dan akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Suami adalah pemimpin keluarganya, dan akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Istri adalah pemimpin dirumah suaminya, dan akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Pelayan adalah pemimpin dalam mengelolaharta tuannya, dan akan dimintai pertanggungjawaban tentang kepemimpinannya. Oleh karena itu kalian sebagai pemimpin akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya.

Sesungguhnya setiap daripada kita adalah pemimpin dan bertanggungjawab di atas kepimpinan kita. Moga hati-hati dan fikiran-fikiran kita akan terus terpimpin dan tidak mudah terpengaruh.

Bicara buat penyokong-penyokong fanatik mana-mana parti sahaja. Teruslah sokongan anda kerana anda adalah tonggak utama parti anda dan itu hak anda. Namun ada juga yang perlu diberi perhatian. Cukuplah sebarkan isu-isu yang tak logik. Namun setitik titik hitam di atas helaian putih pasti tetap nyata kelihatan.  Tidak perlu kte nyatakan di sini isunya. Fikir-fikirkanlah. Cukuplah menabur fitnah, sesungguhnya FITNAH ITU LEBIH TERUK DARI MEMBUNUH. Bicaralah dengan mata hati, berfikirlah dengan akal fikiran yang celik. Tulisan, kata-kata anda adalah cerminan peribadi anda. Yang salah tetap salah, yang benar tetap benar.



"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. ' 
Suka kte berkongsi satu sebaran dari laman sosial berkaitan harga roti. Sebenarnya jelas dan nyata, harga roti dari tahun 2011, itulah harga roti yang saya selalu beli. tak pernah lagi naik dan berubah seperti yang disebarkan RM2.10 sebelum pilihanraya dan sekarang diprovokasi naik kepada RM2.40. Duhai teman-teman, dan seluruh rakyat Malaysia, bukalah mata anda..nilailah dengan hati yang celik dan fikiran yang waras..yang mana fakta dan yang mana auta. Kte bawak sekecil-kecil isu roti sahaja sebagai contoh. Moga Kte lebih bijak menilai. Kte bukan memihak kepada mana-mana pihak. Sekadar pendapat dan pandangan kte yang daif ini. 

Berpada-padalah duhai penyokong-penyokong dalam melibatkan dalan bicara politik di laman sosial. Bagi seorang SUAMI dan BAPA, ingatlah anda ada tanggungjawab, anak isteri yang perlukan perhatian anda. Jangan marahkan anak kecil anda jika mengganggu anda berpolitik, dia sekadar inginkan perhatian dan pelukan anda. Cukuplah sekadar 10 minit bermain-main dan melayan si kecil anda. Jangan meninggi suara kepada BIDADARI anda tika dia ingin berbicara kerana menggangu konsentrasi anda. Dia cuma ingin bercerita, mungkin ade cerita yang ingin dikongsi. Namun anda masih leka menatap laman sosial anda dari wajah WANITA PERTAMA di samping anda. Akhirnya, ia berlalu pergi dan makin membisu. Tidak cukupkah 8 or 9 jam di tempat kerja tanpa gangguan? 

Duhai ISTERI dan IBU, laksanakanlah tanggungjawab anda..jangan marahkan si kecil anda tika dia merengek-merengek minta didukung semasa anda ralit meriba laptop anda. Jangan merajuk dengan panggilan suami tika diminta memasak nasi. Dia cuma ingin merasa air tangan anda. Cukup-cukuplah...