Monday, December 27, 2010

dapat gak..




hehe..dapat gak post skit chapter 17 walau pun ciput je..
sj bg tergantung..
biar suspen skit..hehe..
nnti kalo free smbung lg..
agak free tp xde idea..
idea ni bkn slalu dtg..
kdg2 byk je..
kdg2 2 3 bulan xdtg..
2 sebening kasih asyik tertangguh je..
xsiap2..xsmpai klimaks lg..

SEBENING KASIH 1...chapter 17

“Syawal, seindah cahayamu yang mendamaikan”

Syawal datang lagi. Hadirnya sebagai tanda kemenangan bagi umat Islam dapat menyempurnakan Rukun Islam ketiga dengan penuh kesabaran. Bagi Ayu Putri, hadirnya Syawal kali ini sebagai tanda kejayaan peribadinya dapat menyempurnakan azamnya untuk tidak berhubung lagi dengan Aiman Rifki. Masih dia teringat peristiwa pahit Syawal yang lalu bagaimana maruahnya direndahkan. Kasih sayangnya dipermainkan. Masih terngiang-ngiang di telinganya kata-kata Aiman Rifki seawal pagi Syawal tahun lalu. Demi Allah dia tidak pernah melupakan, kehadirannya mengunjungi jejaka itu tidak dialu-alukan. Sungguh dia rasa terhina. Sejak dari hari itu, dia berjanji tidak akan merayu dan memohon lagi.

Sebening pagi Syawal 1430 hijrah, Ayu Putri cuba menerima kehadiran Aliff Firdaus. Cuba memupuk rasa cinta di hatinya walau dia masih ragu-ragu. Ikhlaskah Aliff Firdaus dengan dirinya atau dia sekadar persinggahan?

***********

Mesej daripada Aliff Firdaus petang Syawal keempat itu, mengejutkan Ayu Putri. “Biar betul mamat ni. Baru je dua minggu kenal dah nak datang rumah. Agaknya dia main-main je. Tak mungkin dia serius. Ada lagi ke lelaki macam ni sekarang? Tak apalah bagi je pandu arah pada dia. Rumah jauh, mesti tak datang punya” Ayu Putri bermonolog sendiri.

Ayu Putri tersenyum. Rumahnya jauh dari Bandar Marang. Tak mungkin Aliff Firdaus sanggup ke rumahnya. Lagipun dia orang kampung. Walaupun dia tidak yakin Aliff Firdaus akan datang ke rumahnya, dia tetap mengkhabarkan kepada emaknya. Bimbang emaknya akan terkejut kalau betul-betul Aliff Firdaus datang ke rumahnya. Sebelum ini tidak pernah ada lelaki datang ke rumahnya seorang diri. Kalau ada pun mesti rakan-rakan pejabatnya. Mereka akan datang secara berkumpulan.

Ayam masak lemak cili padi telah emak sediakan. Ayu Puteri mengenakan baju kurung cotton berbunga kecil ungu dan bertanah putih susu. Ayu Puteri betul-betul seperti gadis kampung. Emak di belakang rumah sibuk dengan hobinya menanam kacang dan terung. Azan Asar telah berkumandang. Ayu Puteri bergegas ke bilik air mengambil wudhu. Dia mula yakin Aliff Firdaus tidak akan datang ke rumahnya. Namun debarannya masih terasa. Dia segera menunaikan solat Asar petang 5 Syawal itu. Seusai solat dan berdoa, telefonnya berkelip. Ada 1 mesej masuk.
“Ayu, cuba teka Alip kat mana?”

Jantung Ayu puteri mula berdebar kencang. Cepat-cepat telekungnya dilipat. Tudung ungu dicapai dan dia menjenguk keluar. Jejaka itu tersenyum berdiri di sebelah viva hitamnya. Ayu Puteri terkesima.

azam yang awal

cuaca mendung tp xde hujan..
awal kte gi keje ari ni..
azam tahun baru kte..
kte nk masuk WP1..xnk lg WP3..
xbest ble sorg2 kt opis sume org dh blk..
jd utk capai azam yg baru 2 kte kne praktis dr skrg..
siap2 awl pg n turun gi keje 6.30pg..hehe
sgt ceria kte pg ni bak kata si dia..
n kte slalu ceria2 kan diri kte..
kte berlakon ke? ntah..kte pn xtahu..

Selalu baca Al-Quran dan jaga solat kerana solat adalah benteng kita dan mampu mendisiplin diri kita. And believe that Allah is always with you and hear your wish. Yakin dan pasti Allah mendengar doa kita. Allah sangat suka hambaNya bermanja-manja denganNya. Manusia tidak suka pada yang meminta-minta tetapi Allah cintakan hambaNya yang meminta-minta pada Dia.

“Sesungguhnya, orang-orang yang diberi sebelum itu apabila dibacakan al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba&khusyuk) serta mereka menegaskan (dalam sujudnya) “Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana”. Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis sedang al-Quran menambahkan mereka khusyuk” (al-Isra’, 107-109)

Terima kasih..assalamualaikum

Sunday, December 26, 2010

hujan..




sometimes kte rs mcm xbleh nk face the fact..my goodness..kebetulan2 yang terjadi buat kte selalu igt apa yg prnh kte alami. kte slalu salahkn diri kte. tp kte ke yg salah? but the true is Allah know the best..

dan kte cuba memujuk hati kte utk jd seorg yg redha dan terima apa yg Allah beri. kadang kte xsangka sume ni akan kte lalui. kte xsangka xlm lagi kte akan change mystatus. ble org tanye perasaan kte, kte xtahu nk jwb ape. gembira ke kte? sedih ke kte? kdg2 kte jd pelik dgn apa yg kte rs..nk kata kte xnk, nape kte buat keputusan n buat jugak persiapan..nk kata kte nk, kte tak excited..n kte jz follow the flow..kdg2 kte jd penat dgn pencarian yg pjg ni. kte buat kesimpulan, hidup ni bukan ape yg kte nk tp ape yg kte perlukn..



blog ni kte create unt bercerita..peperangan yang sgt hebat..hujan tanpa air, luka tanpa darah, jasad tanpa nyawa..

bukan kte yg menghukum. tapi hati ni dh terlalu sarat menanggung segala rasa. diam tanpa kata, hadir tp seperti tiada, terasa hina bila tidak diendahkan tika menangih sedikit perhatian..hanya sedikit..dan ia cukup berkesan hingga tak tahu lagi apa yg dirasai..

Wednesday, December 8, 2010

ehem..ehem..




AKU TERIMA NIKAHNYA..dr seorg teman yg nun jauh di sana..
bercakap tanpa suara, bertemu tanpa wajah..
namun ukhuwah itu dkt di hati..kerana asas dan dasarnya ukhuwah kerana Allah, maka ukhuwah kami kekal tanpa pertemuan..
tetap hangat dan ikhlas..
kerana kte menghargai ikhlasnya seorg teman..
kerana kte merasai kasih seorg sahabat..
maka kte sgt2 menyayangi persahabatan ini..
moga persahabatan kte kekal selamanya..

sesekali..

dh lm xmenulis..
sebening kasih pun xsiap2 lg..
xsmbung pn chapter seterusnya..
getting busy rsnye..
dgn lot of meeting, permohonan, keje2 opis, bengkel n kursus..
keje ni mmg xprnh hbs..
blk rumah plak dh letih..
lps mkn n solat terus nmpk bntl..
slmtlh tido pd pkl 9pg..
n weekend plak sibuk nk msk, kemas rumah lg..
weekend kne ganti mak msklh..
nk jahit langsir barulh..apelh..
ble dh siap sume mula ngantuk..
letih kononnya kn..ahaks



but smtimes seronok dgn kesibukan ni..
buat ms kita lbh terisi..
n xdelh nk mengulit kenangan kn..
lyn kenangan ni ms dlm kete je..drive blk rumah kn..
smbl2 dgr suria..
time sorg2 je bleh berangan..
kalo dgn adik n si dia..
mmg xbleh melayannya sbb borak n gelak je..
dats mylife..
ckp psl kete..cik Vee yg comel 2 sgt kotor..
mls nk bsh time2 hujan ni..
kotor blk kn..tp sgtlh kotor..haha
malu I..

Wednesday, December 1, 2010

about smthing..

terengganu mula hujan tak berhenti-henti..agaknya dh nk banjir..
dlu sangat takut dgn banjir, kot2 xdpt gi opis, xbrani nk redah banjir buatnya kete mati tengah2 jln 2 yang takut..smpai mntk org hntrkn..thanks kpd yg prnh bsusah payah jmpt n hntr..dr dungun turun ke KT nk hntr blk..
ape2 pun sume 2 dh berlalu..kte dh xtakut skrg..kte dh jd berani..berani meredah banjir n gelora..alhamdulillah..

smlm ke mydin, kenape ntah jam sngat jln..tengah duk cr2 parking, sambil berangan n berdoa dlm hujan renyai2..nmpk plak org kne tangkap ngan polis..kte plak yg jd berdebar..haha..adoi..

sesuatu yg tak diduga tlh berlaku..Allah telah mendengar doaku ms hujan renyai2..benarlah kata-kata dari hadith doa akan termakbul di kala hujan renyai2..
tak kusangka mereka berdiri di depan mata. sangatlh berdebar-debar saat itu. akhirnya penantian selama setahun lebih telah berakhir. terima kasih, ya Allah atas rahmatMu..

Sunday, November 21, 2010

moving 2 cherating...

22 November 2010..

ke Cherating, bengkel penambahbaikan ISO jabatan..

thn lepas pun di cherating, then terbang ke langkawi..memori langkawi sentiasa segar dlm ingatan..hehe

moga tiada ape2 yang berlaku, dan lebih mengeratkan silaturrahim kita..

Saturday, November 20, 2010

harga diri..

dihargai dan menghargai..

semua manusia perlukan penghargaan seperti mana perlunya jasad kepada makanan..

namun realiti kehidupan ini sangat berbeza. kte hidup di alam yang mempunyai pelbagai ragam manusia. penghargaan yang kita harapkan tidak semudah yang kita impikan. telah menjadi lumrah terlalu sukar seorang manusia mengucapkan terima kasih kepada manusia yang berbuat baik padanya.

memang kita rasa sangat perit bila kita tak dihargai. tapi ingatlah tidak dihargai bukanlah bencana terbesar. ia bukan seperti bencana tsunami yang memusnahkan bandar acheh, ia pun bukan seganas taufan yang melanda. namun bencana terbesar adalah..apabila kita tak berharga lagi..siang dan malam yang berlalu tiada makna..kosong dan tiada erti.

manusia akan berharga dgn adenya 4 perkara ; ilmu, iman, akhlak mulia dan harta..tanpa yang 4 ini, tidak bermakna anugerah nafas yg diberi, tak bermakna usia yg dikurnia..

usah bimbang andai segala usaha dan sumbangan kita tak dihargai. usah kita cuba menguasai atau menonjol diri untuk mendapatkan penghargaan. mungkin suatu masa kiata tidak akan berharga lagi.

Saturday, November 13, 2010

akan kembali..

salamzz..

dah lama tak meneruskan novel sebening kasih. hampir setahun menyepi..terlalu banyak yang berlaku dalam hidup ni.

setahun itu telah byk mengajar dan memberi seribu pengalaman. kadang-kadang terasa seperti hilang motivasi diri..namun Allah lebih tahu kn.

tangan terluka tu sakit..namun hati yang terluka lebih sakit..tika kte sandar kan seribu harapan dan impian..pertaruhkan segala kesetiaan dan kejujuran. memberi dengan segala keupayaan dan kudrat. berkorban segala harta dan wang ringgit hingga kte sendiri mengenepikan keperluan kte untuk keperluan dia..tika itulah kte dilukai dan disakiti..namun Allah itu Maha Adil..tika kte teraniaya Dia tak pernah melupakan kte..terima kasih ya Allah di atas rahmatMu..

untuk mu emak dan ayah, terima kasih atas kasih sayang dan pengertianmu, maafkan anakmu atas segalanya..

untuk kak long, kak ngah dan adik yang kusayang, terima kasih kerana sentiasa mendengar walau kadang2 moody sbb xmampu menanggung perasaan ini..waaa..waaa..

untuk zu, yani, faiez, syida, izam..terima kasih sbb slalu mendengar, memberi semangat dan kadang2 buat ketupat kan..haha..cannot for get your sentencelh faiez.."aku xbleh lupa dia guna kete kau, suruh dia pusing blk meter kete, ntah2 berfoya2 dgn perempuan lain"..haha. sesungguhnya hati yang mengalami itu lebih terasa, faiez..

untuk lia_lianna, jagalah dia baik2. dia baik, tapi bukan baik untuk saya tapi terbaik untuk awk, maaf segala yang berlaku. untuk ascadrille, terima kasih atas segalanya..ape2 pun saya sentiasa doakan yang terbaik untuk awk. tahniah and its alright because I like the way..

last but not least untuk tunang@bakal suamiku..terima kasih atas segala cinta ini. I alwaz think love is lie but I change mymind when u come..cinta hingga hujung nyawa..ku hargai usahamu menyemai cinta ini tika hatiku kontang dan tak mampu menerima segala cinta..cinta itu telah membunuhku..kuhargai segala kesabaranmu walau kusering bercerita kisah-kisahku padamu..kerana kesabaran dan kematanganmu merantai hatiku..terima kasih atas segalanya..hari-hari bersamamu cukup indah dan sentiasa indah..sabarlah menanti 13 Mac 2011

dan untuk watak2 dalam novel ku..

aiman rifki, kisah anda tlh tamat
aliff firdaus, kisah kau akan bermula
aidil alimi, kisah mu akan mewarnai novel ini..