Saturday, April 11, 2009

SEBENING KASIH..chapter 7

“Haruskah kesabaranku diuji”

30 Ogos 2007, hari terakhir Ayu Putri bertugas di syarikat jurukur. Hari itu juga dia hari terakhir dia berada di Terengganu. Esoknya dia akan bertolak ke Johor Bahru. Barang-barangnya telah dikemas. Hatinya telah ditanamn dengan azam yang kukuh untuk mencapai impian dan cita-citanya.

Tidurnya malam itu sekali lagi diganggu dengan bunyi mesej masuk. Dengan malas dia mencapai telefon bimbitnya, tertera nama Aiman Rifki. Terkejut dia membaca mesej dari Aiman Rifki. Benarkah apa yang dia baca? Mesej yang diterima dibaca berulang kali. Kata Aiman Rifki, dia telah putus dengan teman wanitanya. Perasaan kesian timbul di hatinya. Namun terdetik rasa tidak senang di hatinya. Berguraukah Aiman Rifki dengan dia selama ini? Dia keliru sendiri. Cepat-cepat dia yakinkan dirinya dia cuma kawan. Doanya moga bukan dia penyebabnya.

Hari pertama melangkah ke bangunan rumah kedai dua tingkat di hadapan masjid itu Sri Skudai memberikan Ayu Putri semangat baru. Soal Aiman Rifki dibuang jauh-jauh. Tekadnya untuk bekerja bersungguh-sungguh dan menyambung pengajian ke peringkat sarjana. Dia akan bekerja sambil belajar apabila duit simpanannya sudah cukup nanti. Kakinya melangkah satu persatu anak tangga menuju ke tingkat dua. Hatinya berdebar-debar. Bagaimanakah penerimaan bos dan rakan-rakan barunya nanti.

Loceng pintu utama ditekan. Seketika kemudian, muncul seorang pekerja perempuan membuka pintu. Ayu Putri meleparkan senyuman pada wanita berbaju kurung berbunga merah itu. Tangan wanita itu disalami.
“Nama akak Nor Beattey, boleh panggil Kak Betty,” wanita hitam manis itu memperkenalkan diri dengan ramah. Keramahan Kak Betty membuatkan Ayu Putri selesa.
“Nama saya Ayu Putri. Akak boleh panggil saya Ayu je,” balas Ayu Putri sambil tersenyum.
Suara Ayu Putri yang gemersik dan tingkahnya yang lemah lembut memikat hati Betty. Gadis manis itu direnung. Ayu Putri nampak manis dengan baju kurung berwarna krim. Cara duduknya sopan sekali. “Siapakah lelaki bertuah yang memilikimu, dik?” Gumam Betty.

Ayu Putri diberi sedikit penerangan ringkas tentang syarikat dan projek-projek yang sedang dijalankan. Sekarang mereka sedang menyiapkan satu kajian Rancangan Tempatan Daerah Port Dickson dan mereka merupakan pakar runding utama bagi kajian ini. Sudah pasti banyak kerja yang perlu dikendalikan. Kadang-kadang mereka perlu bekerja sampai larut malam untuk menyiapkan satu-satu laporan.

Ayu Putri telah sedia maklum, kajian pelan pembangunan ini akan menghasilkan tiga jenis laporan secara berperingkat mengikut persetujuan Jawatankuasa Teknikal. Laporan-laporan ini bermula dengan Laporan Awal, Laporan Penemuan dan Rekabentuk dan Laporan Draf Akhir. Penyediaan Pelan Pembangunan ini memerlukan komitmen yang tinggi dan idea-idea yang rasional serta menarik bagi mengahasilkan pelan yang boleh dijadikan rujukan perancangan oleh klien dalam melaksanakan pembangunan.

Ayu Putri dibawa melawat seluruh ruang pejabat. Ruang tingkat atas kedai dua tingkat itu telah diubahsuai dan dipecahkan kepada lima ruang. Ayu Putri lebih menyukai ruang yang menempatkan pelbagai jenis laporan dan rujukan. Dindingnya dicat dengan warna hijau epal, warna kegemaran Ayu Putri. Ayu Putri diperkenalkan dengan tiga pekerja lain. Lan, Azu dan K.Fara. Mereka kelihatan ramah dan cepat mesra.

Sudah seminggu Ayu Putri bekerja di syarikat perancang di Skudai. Dia telah mula menyesuaikan diri dengan waktu kerja yang tidak menentu. Dua hari lagi mereka perlu menyiapkan laporan penemuan untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal. Kelam kabut mereka menyiapkan laporan tersebut. Disebabkan kesuntukan masa, mereka diarahkan bekerja lebih masa. Ini kali pertama Ayu Putri bekerja sehingga malam selepas dia tamat belajar.

Sejak pagi dia mengadap laptop di depannya. Dia hanya berehat untuk solat dan menjamah sedikit makanan. Matanya mula terasa pedih dan badanya lenguh-lenguh. Kepalanya dipusing ke kiri dank e kanan untuk menghilangkan penat. Kepalanya direbahkan ke meja. Matanya dipejam perlahan-lahan. Razlan, seniornya di universiti berada di sebelahnya tidak dihiraukan.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dengan malas telefon bimbit itu dicapai. Tertera nama Aiman Rifki. Hatinya berdebar-debar. Jantungnya berdegup kencang. Butang jawab ditekan. Terdengar suara memberi salam di sebelah sana. Lidahnya masih kelu. Dalam gementar, salam Aiman Rifki dijawab perlahan. Panjang lebar Aiman Rifki bercakap hanya sepatah dijawabnya. Dia masih tergamam. Beberapa ketika, panggilan ditamatkan. Mungkin Aiman Rifki perasan kegugupan Ayu Putri. Ayu Putri masih merenung telefon bimbitnya. Dia masih terkejut.

Tiba-tiba menungan Ayu Putri dikejutkan dengan bunyi mesej masuk. Aiman Rifki tidak sudah-sudah mengganggunya. Mesej dari Aiman Rifki dibaca perlahan. Tangannya menggelentar. “Awak malu dengan kte ye. Suara awak tadi macam segan je kan tapi kte suka. Mesti muka awak merah kan:-)”. Ayu Putri tersenyum. Mesej Aiman Rifki dijawab ringkas, “mana ada. Saya tengah kerjalah. Lain kali kte borak ye. Lagipun bos saya ada tadi.”

Sejak dari hari itu, Aiman Rifki makin kerap menghubungi Ayu Putri. Setiap hari pasti ada sahaja mesej yang mengunjungi peti masuk telefonnya. Ke mana sahaja Aiman Rifki pergi, pasti dia memberitahu Ayu Putri. Ayu Putri jadi rimas. Mesej Aiman Rifki jarang dibalasnya. Dia cuba menjaga hubungannya dengan Aiman Rifki. Dia takut mereka terlalu rapat.
“Aiman Rifki, cukuplah memberi harapan pada Ayu. Ayu terseksa dan keliru. Ayu bukan persinggahan. Tolonglah, Aiman. Kesianilah Ayu,” Ayu Putri merintih sendiri. Pada siapa harus dia ceritakan keresahan hatinya.

Namun Aiman Rifki tidak pernah putus asa. Jika tidak dapat menghubungi Ayu Putri melalui telefon, dia akan menghantar email. Satu mesej yang melembutkan sedikit hati Ayu Putri, yang membuatkan Ayu Putri mula berfikir keikhlasan Aiman Rifki.

“Di suatu malam yang dingin, dengan hembusan angin sepoi bahasa, tiada sekelumit pun bintang, aku duduk berdikir moga aku dan temanku bisa bergembira bersama dan kekal selamanya.”

Terharu Ayu Putri dengan kata-kata itu, ada maksud tersirat di situ. Pantas tangan Ayu Putri menaip mesej, “Duhai bayu, sampaikan salamku buat temanku. Bisikkan padanya kalimah ilmu agar dia bijaksana, dodoikan dia dengan bicara lembutmu agar dia tenang selalu.”

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. ok...para-1, baris 2, perkataan 'dia' yg pertama patut dibuang...baris ke-4 plk, perkataan 'ditanamn' patut dieja sbg 'ditanam'...para-3 plk, di baris ke-2, frasa "masjid itu Sri Skudai" patutnye "masjid Sri Skudai itu"...hmmm, para 9 plk, di baris 3, ejaan 'badanya' sepatutnye menjadi 'badannya'...tertinggal 1 huruf 'n' kat ctu...pastu kat baris 4, frasa "ke kiri dank e kanan" patutnye "ke kiri dan ke kanan"...para-11 mungkin lbh sedap didengar kalau perkataan 'menungan' diganti dgn perkataan 'lamunan'...dlm perenggan same, baris 4, ejaan 'menggelentar' patut dieja sbg 'menggeletar'...para-12 plk, perkataan 'Kesianilah' lg baik kalau gune perkataan 'Kasihanilah' dan last untuk chapter 7 ialah dekat para -14...perkataan 'berdikir' patutnye ganti dgn perkataan 'berdzikir' kan?

    ReplyDelete
  3. hehe..
    okey2..
    thankx yana..
    byknya spelling error kn..
    akan dibaiki dlm original, k
    thanx a lot 4 the bottom of myheart..

    ReplyDelete