Saturday, December 14, 2013

kerendahan hati..ketinggian budi..

To mylittle khalifah asyraf..mama slalu perhati anak mama selalu mengalah ble keadaan tertentu, berebut mainan walau itu mainan asyraf, ble bdk lain pukul asyraf, dan ble asyraf bls asyraf dimarah oleh org lebih tua..mama perhati wajah anak mama..hanya mama yang mengerti..mama perhati riaksi anak mama, ble anak diam dan pandang je org yg marah, mama tahu anak mama faham n sedih di hatimu..luluh hati mama syg..mama menangis bukan kerana mama emosional tp kerana mama seorg ibu..tp percayalah anak ku, mengalah bukan bererti kalah..mengalah bukan bermakna kerendahan budi, tp disitulh ketinggian peribadimu..mama selalu igt pesan seorang GURU membentuk peribadi anak adalah semasa umurnya dua tahun, apabila dia remaja..itulah gambaran didikan ketika umurnya 2tahun..

mama tahu mama bukan yang terbaik dan mama bukan setanding ibu-ibu yang lain, tp mama adalah ibu yg terbaik dan akan cuba jd yang terbaik utk anak mama. asyraf mama, little khalifah mama, secerdik mana pn anak mama, sebijak mana pn anak mama kte tetap akan sentiasa perlu mengalah..kerana kte bukan sesiapa..kte hanyalah kte dan mama hanyalah mama. mama tak punya harta, setinggi mana pun jawatan mama, mama tetap tidak dihormati dan dihargai seperti org lain dihormati dan dihargai..tapi mama tetap lahirkan asyraf sebagai seorang pemimpin..kerana namamu anakku...adalah inspirasi dari IMAM MUDA ASYRAF..moga dirimu anakku akan tetap kebanggaan mama..

percayalah anakku, mama tak pernah memandang dirimu rendah..kerana hanya mama yg lebih tahu siapa asyraf mama..little khalifah kebanggaan mama..hari-hari bersama asyraf adalah hari-hari yang penuh dengan pengajaran..sesungguhnya tidak Allah mengutuskan sesuatu melainkan untuk memberi manfaat. kehadiran asyraf penyeri hidup mama, keletah asyraf menghibur hati mama..kerenah asyraf meningkatkan kesabaran mama..sebenarnya anakku, hadirmu adalah tiket untuk mama dan papa mendapat pahala menuju ke SYURGA yang abadi..moga kehadiran permata hati 4 bulan lagi, adalah aisyah puteri terangung kerinduan kte sekeluarga.. anakku mama selalu rindukan doa asyraf untuk mama n papa yg slalu asyraf doa lps solat dgn mama..YA ALLAh YA TUHANKU AMPUNKANLAH DOSA MAMA DAN PAPA..hanya mama yg tahu syg..

Saturday, September 7, 2013

kfc

sejak akhir-akhir ni kte tersangatlah busy..bila menanggung kerja terlalu byk tugas yang kne siapkn..kdg2 xmenang tangan..sesekali rs nk stay kt opis tp menghormati ms bersama keluarga terpaksa dilupakan hasrat walau kt kepala pening berfikir byk lg tugas yg belum selesai..I jz keep in praying, hoping that tanggung kerja ni akan berakhir as soon as possible..

JPN 2/2013 on 22 September 2013, and ade 1 paper lg xsiap..6paper already done even bos ckp 3paper postpone..aduhai..terasa 2 hari yg rush itu sgt2lh bermakna kiranya dpt selesaikn 1paper untuk budget kerajaan negeri. dan skrg kne siapkn paper utk outcome. 5 project berimpak besar perlu diselesaikan within 1 day..Allah..kiranya..I cannot compare to other position or other field of work even teacher..stop comparison..

kembali kepada tajuk di atas...sbnrnya last Friday asyraf mntk mama blikan kfc, tp mama ckp xpyhlh kte mkn ayam psr mlm jelh ye..bkn sbb syg duit but more than that..asyraf, u will understand someday. honestly, mama xprnh berkira psl mkn..tp mama tetap menjaga mkn ank mama dgn doa n hrpn sume yg jd darah daging adalah yg bersih dan suci serta halal..Ya Allah lembutkanlh hati zuriat dan keturunan ku sebagaimana kau lembutkan beras menjadi nasi..moga hati2 zuriat dan keturunanku sedia dan terbuka hatinya menerima kebaikan dan nasihat yang baik..aminn..

asyraf..asyraf..u are getting bigger..time fly so fast..rs mcm br semalam lahirkan asyraf mama.rsnye br smlm asyraf menyusu, rsnye br smlm mama dukung asyraf skrg u can run fastly..asyraf dh pndai bercakap..dh faham apa yg org ckp..dh bijak menilai..sungguh mama mengharapkan asyraf litlle khalifah mama..al-hafiz mama..dan harapan mama moga akan terlahir juga ainul mardhiah mama, bidadari syurga impian para syuhadah sikit ms lg..telah mama persiapkn dri, menyucikan hati, menjaga tutur kata dan tingkahlaku, moga saat2 kritikal ini adalah saat paling berharga dan bermakna..duhai serikandi mama kami menanti kedatanganmu..mama akn sedayanya cuba menangkis anasir-anasir luar walau dgn cara sndri..

Monday, June 3, 2013

asyraf oh asyraf

dh hampir setahun 6 bulan kte menjadi seorang mama..setahun 69 bulan itu, banyak yg kte belajar. terlalu banyak..I always learn..

bersama asyraf terlalu banyak kenangan manis, asyraf banyak mengubah suasana..asyraf pencetus ceria, asyraf mengerat kasih dan cinta. asyraf selalu membuatkan mama rindu ble di pejabat.

Setahun 6 bulan usia asyraf tak pernah sekali pun mama tinggalkan asyraf walau tuntutan kerja memaksa mama outstation. Macam mana sekali pun mama tetap akan bwk asyraf dan of courselah papa jadi peneman sebab sampai sekaranga syraf fully breastfeeding. Asyraf langsung tak minum FM dan akan menolak jika diberi. kadang-kadang anak mama ni buat-buat muntah walau pun tengah tido. Tidak susah menjaga asyraf, sehingga ke usia ini, baru 3 kali asyraf demam, di dalam tempoh berpantang pun asyraf tak pernah berjaga malam. hanya sesekali bangun menyusu. sehingga hari ini asyraf tak pernah merengek waktu malam walau tengah demam. asyraf hanya diam cuma kurang aktif.



Asyraf tunggu mama meting di Menara Persekutuan, MITC
                        
Asyraf anak kebanggaan mama. Asyraf lebih cepat bercakap dari berjalan. Seusia 11 bulan asyraf dh boleh bercakap skit-skit dan mama dah mula faham ape yg anak mama cakap. Genap setahun, asyraf dah boleh berjalan dan makin lasak. Penat mama mengejar namun mama xpernah jemu. Mama suke asyraf mama aktif. Mama tak kesah rumah kte tak ade barang-barang cantik asalkan asyraf mama bebas bermain. masa umur asyraf setahun 2 bulan, mama mula perasan asyraf mama willing utuk solat, asyraf dh bleh sebut 'bismillah' dan alhamdulillah' walau dalam pelat..tapi mama syukur thats the good thing and thats yr efford. asyraf anak yang aktif, tak pernah seminit pn asyraf akan duduk melainkan masa tidur n 1 thing..masa azan dan org baca alQuran..asyraf akn duduk diam..lepas je habis azan, asyraf akan tarik tangan mama or papa suruh cepat-cepat solat, kalau tak segera solat asyraf akan menangis, anakku asyraf, keletahmu menyentuh hati mama..Ya Allah telah Kau hantarkan kepada kami little khalifah yang sentiasa mengingati kami untuk solat.

Pakai jubah kakak bagi dan baca yassin
                                       
Asyraf anakku, yang hatinya dekat pada alQuran (mudah-mudahan).  Selalu sangat ajak mama mengaji dan asyraf akan duduk atas riba mama masa mengaji sambil pegang yasin dan akan solat dengan mama n papa. agaknya sejak diawal kandungan lagi sehingga kelahiran asyraf sudah terbiase dengan kitabbullah maka hati anakku dekat dengan kalam Allah. Moga-moga al-Quran sentiasa di hatimu anakku.


di usia asyraf setahun 3 bulan, asyraf mula faham do's and dont's, asyraf telah tunjuk minat kepada kapal terbang. ble mama tanye "adik nak jadi ape ble besar nanti?" asyraf jawab "pilot " dalam pelatnya. ble mama tanye "pilot bwk ape?" asyraf akan jawab dalam pelatnya "kapal terbang" sambil tunjuk tangan naik ke atas..aduhai asyraf anakku, macam manalah mama tidak rindu padamu. bukan sahaja mama malah mereka yang pernah bersamamu turut merindui mu, sayang. mainan asyraf bukan tab atau game yg kanak-kanak suke main tapi mainan asyraf adelah permainan lego, fisher price dan buku. asyraf selalu suruh mama bacakan buku cerita dan ape yg mama mampu lakukan kerana kesibukan adalah main lego dan masak dengan anak mama. The precious time I ever had.

asyraf sudah pandai buat pilihan, asyraf dah pandai memilih baju untuk dipakai, asyraf dah tahu sampah kene buang dalam tong sampah, asyraf suke tolong mama sapu sampah, asyraf tahu ridsect gunanya untuk sembur pada semut. sebab tu asyraf cepat-cepat berlari ke dapur mintak ridsect kalau nampak semut. oh, asyraf mama.  asyraf terlalu banayak mengikut papa. segala-galanya mama nampak papa dalam diri asyraf..sesungguhnya asyraf adalah pelengkap kasih sayang mama dan papa.

Asyraf dan papa di Pulapol. Segamat
      
tulisan ini bukan tujuan untuk menunjuk asyraf, sekadar satu titipan untuk asyraf tatap dan hayati perjalanan hidunya, untuk asyraf tahu kisah-kisah kita ble masanya mama atau papa xmampu lagi bercerita..   


Wednesday, May 8, 2013

Sekarang tengah panas isu pilihanraya..macam-macam berita kte dgr..kte jd malas dh nk mendengar..cukuplah sekadar menjadi pemerhati.

Bicara buat pemimpin-pemimpin yang terpilih : Memimpinlah dengan adil dan sewajarnya.

Dari Ibn Umar r.a. Sesungguhnya Rasulullah Saw. Berkata :”Kalian adalah pemimpin, yang akan dimintai pertanggungjawaban. Penguasa adalah pemimpin, dan akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Suami adalah pemimpin keluarganya, dan akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Istri adalah pemimpin dirumah suaminya, dan akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Pelayan adalah pemimpin dalam mengelolaharta tuannya, dan akan dimintai pertanggungjawaban tentang kepemimpinannya. Oleh karena itu kalian sebagai pemimpin akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya.

Sesungguhnya setiap daripada kita adalah pemimpin dan bertanggungjawab di atas kepimpinan kita. Moga hati-hati dan fikiran-fikiran kita akan terus terpimpin dan tidak mudah terpengaruh.

Bicara buat penyokong-penyokong fanatik mana-mana parti sahaja. Teruslah sokongan anda kerana anda adalah tonggak utama parti anda dan itu hak anda. Namun ada juga yang perlu diberi perhatian. Cukuplah sebarkan isu-isu yang tak logik. Namun setitik titik hitam di atas helaian putih pasti tetap nyata kelihatan.  Tidak perlu kte nyatakan di sini isunya. Fikir-fikirkanlah. Cukuplah menabur fitnah, sesungguhnya FITNAH ITU LEBIH TERUK DARI MEMBUNUH. Bicaralah dengan mata hati, berfikirlah dengan akal fikiran yang celik. Tulisan, kata-kata anda adalah cerminan peribadi anda. Yang salah tetap salah, yang benar tetap benar.



"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. ' 
Suka kte berkongsi satu sebaran dari laman sosial berkaitan harga roti. Sebenarnya jelas dan nyata, harga roti dari tahun 2011, itulah harga roti yang saya selalu beli. tak pernah lagi naik dan berubah seperti yang disebarkan RM2.10 sebelum pilihanraya dan sekarang diprovokasi naik kepada RM2.40. Duhai teman-teman, dan seluruh rakyat Malaysia, bukalah mata anda..nilailah dengan hati yang celik dan fikiran yang waras..yang mana fakta dan yang mana auta. Kte bawak sekecil-kecil isu roti sahaja sebagai contoh. Moga Kte lebih bijak menilai. Kte bukan memihak kepada mana-mana pihak. Sekadar pendapat dan pandangan kte yang daif ini. 

Berpada-padalah duhai penyokong-penyokong dalam melibatkan dalan bicara politik di laman sosial. Bagi seorang SUAMI dan BAPA, ingatlah anda ada tanggungjawab, anak isteri yang perlukan perhatian anda. Jangan marahkan anak kecil anda jika mengganggu anda berpolitik, dia sekadar inginkan perhatian dan pelukan anda. Cukuplah sekadar 10 minit bermain-main dan melayan si kecil anda. Jangan meninggi suara kepada BIDADARI anda tika dia ingin berbicara kerana menggangu konsentrasi anda. Dia cuma ingin bercerita, mungkin ade cerita yang ingin dikongsi. Namun anda masih leka menatap laman sosial anda dari wajah WANITA PERTAMA di samping anda. Akhirnya, ia berlalu pergi dan makin membisu. Tidak cukupkah 8 or 9 jam di tempat kerja tanpa gangguan? 

Duhai ISTERI dan IBU, laksanakanlah tanggungjawab anda..jangan marahkan si kecil anda tika dia merengek-merengek minta didukung semasa anda ralit meriba laptop anda. Jangan merajuk dengan panggilan suami tika diminta memasak nasi. Dia cuma ingin merasa air tangan anda. Cukup-cukuplah...  

 

Tuesday, January 29, 2013

thanyaporn n dqistee..

hoho..dh lm xmenulis blog..bkn busy sgt pn..maybe rs mcm dh malas nk mengasah bakat menulis..(yeke bakat? kuikui) tahun baru..permulaan yg baru..byk sgt bende yg baru..sume baru..kami berpindah ke mahligai perindu yg br je siap..n kte kne pndah ke bahagian baru..(walau hatiku xrela..sobsob)..berusahalah belajar n belajar..

kembali kepada tajuk di atas..thanyaporn adalah produk yg br kte mkn ats nasihat kakak angkat suami kte n atas permintaan suami kte utk isterinya..hikhik..(ok abg..I try mkn n jz wait n see). thanyaporn ni produk dr thailand yg diperbuat drpd pueraria mirifica. mula2 2 kte rs takut gak nk cuba n lps kte search kt internet kte mula yakin n berusaha mendisiplin kn dri. kte jz ambik 1 biji shari slps sarapan..dlm ms seminggu dh nmpk perubahan..setiap khasiat yg dinyatakan dh nmpk hasil..tp malulh nk cite sini (hikhik)..cm kte bleh ckp..kulit lbh halus fair..rambut pn jadi lembut n xgugur lg..n staf2 opis mule tegur perubahan..OMG..senyum jelh kte..perasaan..hehe.

selain jg dalaman, luaran juga penting..suami kte mmg sgt pentingkan penampilan..dia sanggup menunggu n jaga si kecik asyraf yg aktif selama dua jam semata-mata utk facial kte..thanks abg..huhu..sudah semestinya dgn dqistee..mula2 pakai muke kte jd gatal2 n merah2..lps buat facial di salon dqistee cawangan Terengganu n dinasihatkan gn susu pembersih serta neutrilizer, kulit kte mula lembut n xgatal lg..dlu kte slalu pakai foundation ble nk kluar sbb nk tutup parut2 jerawat n cela..dan skrg slps 3 minggu penggunaan dqistee, kte xgn foundation lg..suami kte pn gn dqistee n buat facial mlm2..ktelh yg buat..hehe.

ok..got 2 go..bkira2 nk ke kamdar rsnye..nk cr kusyen utk kerusi ruang tamu..  

Wednesday, August 1, 2012

asyraf..asyraf..asyraf..7bulan..bersama asyraf

asyraf 2 bulan
asyraf di billion kb..
                                                

Asyraf santai2 dengan ayun baru di tepi sawah
                                        

papa..asyraf..dan mama di bachok


MAHLIGAI PERINDU..

salam..dah terlalu lama tak update blog ni..bkn xde masa, agaknya sbb byk bende yg nk difikirkan n hari2 sebagAi seorg isteri, ibu dan anak menuntut byk kesabaran dan pengorbanan. tambah-tambah lagi ayah tengah sakit tenat. MAHLIGAI PERINDU..punye byk makna..MAHLIGAI PERINDU nilh syarikat kepunyaan papa asyraf, MAHLIGAI PERINDU jugaklh gelaran bagi teratak kasih kami yg xlm lg dh nk siap. papa kata 2 hadiah utk si bijak asyraf..bestlh asyraf dpt hadiah dr papa.. 


dan perkembangan terbaru, tiles dh siap pasang, cat dalam pn dh siap, cuma tinggal pintu dan daun tingkap dr kelantan tak sampai lg..dh sampai nanti siaplh MAHLIGAI PERINDU dan akan didiami oleh penghuni yang penuh kasih sayang..biar kecik tp kami bahagia di dalamnya..kredit 2 pemaju kami SHUHAIDI MUSA a.k.a rakan sepejabat mama.

masalah teknikal nk masukkan gambar..akan diupload xlm lg..sabar ye..