Saturday, December 14, 2013

kerendahan hati..ketinggian budi..

To mylittle khalifah asyraf..mama slalu perhati anak mama selalu mengalah ble keadaan tertentu, berebut mainan walau itu mainan asyraf, ble bdk lain pukul asyraf, dan ble asyraf bls asyraf dimarah oleh org lebih tua..mama perhati wajah anak mama..hanya mama yang mengerti..mama perhati riaksi anak mama, ble anak diam dan pandang je org yg marah, mama tahu anak mama faham n sedih di hatimu..luluh hati mama syg..mama menangis bukan kerana mama emosional tp kerana mama seorg ibu..tp percayalah anak ku, mengalah bukan bererti kalah..mengalah bukan bermakna kerendahan budi, tp disitulh ketinggian peribadimu..mama selalu igt pesan seorang GURU membentuk peribadi anak adalah semasa umurnya dua tahun, apabila dia remaja..itulah gambaran didikan ketika umurnya 2tahun..

mama tahu mama bukan yang terbaik dan mama bukan setanding ibu-ibu yang lain, tp mama adalah ibu yg terbaik dan akan cuba jd yang terbaik utk anak mama. asyraf mama, little khalifah mama, secerdik mana pn anak mama, sebijak mana pn anak mama kte tetap akan sentiasa perlu mengalah..kerana kte bukan sesiapa..kte hanyalah kte dan mama hanyalah mama. mama tak punya harta, setinggi mana pun jawatan mama, mama tetap tidak dihormati dan dihargai seperti org lain dihormati dan dihargai..tapi mama tetap lahirkan asyraf sebagai seorang pemimpin..kerana namamu anakku...adalah inspirasi dari IMAM MUDA ASYRAF..moga dirimu anakku akan tetap kebanggaan mama..

percayalah anakku, mama tak pernah memandang dirimu rendah..kerana hanya mama yg lebih tahu siapa asyraf mama..little khalifah kebanggaan mama..hari-hari bersama asyraf adalah hari-hari yang penuh dengan pengajaran..sesungguhnya tidak Allah mengutuskan sesuatu melainkan untuk memberi manfaat. kehadiran asyraf penyeri hidup mama, keletah asyraf menghibur hati mama..kerenah asyraf meningkatkan kesabaran mama..sebenarnya anakku, hadirmu adalah tiket untuk mama dan papa mendapat pahala menuju ke SYURGA yang abadi..moga kehadiran permata hati 4 bulan lagi, adalah aisyah puteri terangung kerinduan kte sekeluarga.. anakku mama selalu rindukan doa asyraf untuk mama n papa yg slalu asyraf doa lps solat dgn mama..YA ALLAh YA TUHANKU AMPUNKANLAH DOSA MAMA DAN PAPA..hanya mama yg tahu syg..

No comments:

Post a Comment