Monday, January 10, 2011

berdoalh..




Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:


"Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!"

maka ku telah berdoa di suatu pagi yg hening. berdoa sungguh2. di saat memandu aku masih meneruskan doa sehingga terasa sebak di dada. maka benarlah kata-kata Allah..sesiapa yang meminta pasti akan diperkenankan. terima kasih ya Allah..aku hambaMu yang berdosa ini masih jua Kau perkenankan doa..

Saturday, January 8, 2011

ish..ish..puisi untuk dia..

tengah drive blk keje..tiba2 dengar lagu mimpi yang tak sudah..rasa mcm sesuai je untuk novel sebening kasih dan untuk heronya, aliff firdaus..

Apa makna impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman

Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah

aduhai aliff firdaus..kau bayang2 masa nan silam..masih terdengar lamaranmu, masih terngiang di telinga janji manismu, menjaga ku hingga akhirnya..mengapa perpisahan yang terjadi..

bohonglah aku andai tidak terasa getarnya, tika kulihat kau mesra berpegangan tangan dengan dia, tipulah aku jika tidak terasa sendunya tika kau kenalkan pada rakan-rakanmu aku sepupumu..kurang cerdiklah aku jika menelan tiap alasanmu dan dilarang hubungimu..aduhai aliff firdaus bagaimanakah agaknya hatimu..dan maaflah aku andai aku yang tersilap, lebih awal mengikat janji, slps perpisahan yg kau pilih. kerana puncanya darimu, ku tak sanggup lagi terus dibohongi dan dilukai..


jeng..jeng ikuti kisah sebening kasih yang lebih mencuit rasa..

Sunday, January 2, 2011

HAPPY NEW YEAR...





HAPPY NEW YEAR..kepada semua kwn, staf, dan kenalan..moga tahun ni dh simpan azam yang lebih baik. secara peribadinya, azam kte sentiasa baru..dan kte sgt merasakan azam tahun ni lbh baru n murni dr azam tahun2 lepas..

pertamanya, kte nk buang segala kesedihan dan keserabutan thn lps. kte nk buang segala kenangan awl tahun lepas. he make me sick..so sick..hurt, perit, pedih, luka, bernanah n sume yg xbestlh. terima kasih atas segalanya.

keduanya, kte xnk kesucian hati ini dikotori dgn rs2 xpuas hati n ape2 je yg buat hati kte rs sakit n keras. kot2 kne penyakit hati plak. salah satu penyebab penyakit hati adalah sebab hati kte selalu ada sifat2 xelok.

ketiganya, kte nk lbh berjaya n fokus dengan kerjaya skrg. get more idea n bestlh kn. lbh dedikasi n slalu bekerja kerana Allah.

keempatnya, lps bulan 3, lps semuanya selesai n kte dh jd smbody utk smbody, lps setahun 2 dia smbung blajar kte pn akan smbung master plak. hopefully azam2 ini akan tercapai.

last but not least, teruskan membaca SEBENING KASIH. kisah2 selepas ini akan lebih dramatik.

"kerana suatu waktu kau pernah melafazkan janji, kerana suatu detik kau pernah memberikan harapan, kerana suatu ketika kau pernah mengungkapkan rasa, hanya kerana aku seorang aku, maka tak layak kah aku menjadi seseorang di hatimu untuk dihargai atau paling tidak diakui hak sebagi wanita?"

"hanya kerana aku terlalu jujur dan percaya, hanya kerana aku lembut tikahnya maka wajarkah aku disenda gurau? hanya kerana aku seorang aku, aliff firdaus"...hehe..jengjeng..