Saturday, November 20, 2010

harga diri..

dihargai dan menghargai..

semua manusia perlukan penghargaan seperti mana perlunya jasad kepada makanan..

namun realiti kehidupan ini sangat berbeza. kte hidup di alam yang mempunyai pelbagai ragam manusia. penghargaan yang kita harapkan tidak semudah yang kita impikan. telah menjadi lumrah terlalu sukar seorang manusia mengucapkan terima kasih kepada manusia yang berbuat baik padanya.

memang kita rasa sangat perit bila kita tak dihargai. tapi ingatlah tidak dihargai bukanlah bencana terbesar. ia bukan seperti bencana tsunami yang memusnahkan bandar acheh, ia pun bukan seganas taufan yang melanda. namun bencana terbesar adalah..apabila kita tak berharga lagi..siang dan malam yang berlalu tiada makna..kosong dan tiada erti.

manusia akan berharga dgn adenya 4 perkara ; ilmu, iman, akhlak mulia dan harta..tanpa yang 4 ini, tidak bermakna anugerah nafas yg diberi, tak bermakna usia yg dikurnia..

usah bimbang andai segala usaha dan sumbangan kita tak dihargai. usah kita cuba menguasai atau menonjol diri untuk mendapatkan penghargaan. mungkin suatu masa kiata tidak akan berharga lagi.

No comments:

Post a Comment