Tuesday, March 24, 2009

SEBENING KASIH..chapter 1


"perjalanan panjang yang melontarkan aku ke sini adalah kehendakNya.."

Tilam tanpa cadar itu dihenyak. Penat dia mengangkat barang-barang dari van tadi. Mujur Kak Long dan Kak Ngah membantu. Keluarganya baru sahaja bertolak pulang ke kampung, sebaik sahaja sesi pendaftaran kolej selesai. Ini bukan kali pertama dia berjauhan dengan keluarga. Seawal usia 13 tahun, dia telah tinggal di asrama kerana mendapat tawaran belajar di salah sebuah sekolah berasrama penuh aliran agama di Kajang. Namun hatinya tetap sayu. Mengenangkan emak yang masih sakit.

Tiba-tiba pintu biliknya dikuak. Spontan dia bangun. Gadis di hadapannya disalami. Bibirnya mengukir senyuman. Dia memperkenalkan diri.

"Ayu Putri, boleh panggil Ayu. Nak panggil Putri pun boleh atau apa-apa saja."

Teman sebiliknya turut mengukir senyuman, "Nur Fatin, panggil Fatin je." Wajah Ayu Putri direnung. Terdetik di hati Fatin, perwatakan Ayu Putri seayu namanya.

Minggu Haluan Siswa selama seminggu sungguh memenatkan tapi cukup menyeronokkan Ayu Putri. Sudah lama dia tidak menyentuh bola, perlawanan bola jaring antara kolej telah mengubat rindunya pada dunia sukan. Kesungguhan pasukan Kolej Tun Razak berlatih telah melayakkan mereka menjadi juara.

Teringat waktu dia di Tingkatan Lima semasa mengambil SPM. Setiap petang pasti dia turun ke padang walau bersendirian bermain bola jaring. Disebabkan terlalu minat dengan bola jaring, dia pernah didenda oleh Guru Geografinya menulis 1000 patah perkataan "Saya tidak akan gagal lagi dan akan belajar bersungguh-sungguh" kerana gagal dalam subjek geografi, semata-mata terlalu menumpu perhatian kepada perlawanan bola jaring antara zon. Naik kematu jarinya menyiapkan 1000 perkataan dalam masa sehari. Mengimbau kenangan itu, Ayu Putri tersenyum sendiri. Apa khabar agaknya Cikgu Masita, guru yang baik tapi tegas.

Disebabkan denda tersebut, dia bertekad belajar bersungguh-sungguh tapi tidak bermakna melupakan sukan yang sangat diminatinya itu. Akhirnya di bumi UTM ini dia tercampak untuk meneruskan impian dan cita-citanya.

_______________________ ******** ________________________


“Di sini bermulanya sebuah impian..tercetusnya sebuah cita-cita”


Bilik hujung di tingkat lima blok B02 dituju. Mengah dia memanjat tangga bangunan setinggi lima tingkat itu. Di situlah terletaknya bilik yang dipanggil studio. Apa yang terbayang di fikirannya, sebuah bilik yang lengkap seperti studio rakaman. Setibanya di bilik tersebut, sangkaannya meleset sama sekali. Bilik besar itu menempatkan beberapa meja yang besar dan kerusi berwarna biru. Seorang demi seorang pelajar kelasnya tiba. Separuh daripada mereka adalah berbangsa Cina.

Ayu Putri menarik nafas panjang sebaik sahaja Dekan Fakulti Alam Bina selesai menyampaikan taklimat ringkas tentang kursus Integrasi Perancangan Bandar dan Wilayah. Termanggu-manggu dia, bimbang memikirkan mampukah dia menghadapi pembelajaran yang agak berat. Kursus ini berbeza dengan kursus lain kerana adanya subjek studio yang mana memperuntukkan 5 kredit. Tambahan pula, dia perlu bergaul dengan pelajar lelaki dan berlainan bangsa. Risau dia memikirkannya. Belajar di sekolah aliran agama membuatkan dia tidak biasa dengan keadaan tersebut. Namun dia perlu biasakan diri demi cita-citanya. Ayu Putri mengeluh.

“Kenapa mengeluh ni?” soal rakan di sebelahnya. Jejaka cina yang baru dikenalinya tadi direnung sambil mengukir senyuman. Pantas kepalanya digeleng.

“Senyum pulak. Ni mesti teringat pakwe kat kampung.” Edward yang sejak tadi memerhati gerak-geri gadis bertudung putih itu mengusik.

“Huh! Pakwe? Muka macam saya ni, manalah ada pakwe, Edward. Sebenarnya saya risau dengan subjek studio ni. Saya bukannya pandai sangat melukis. Tengoklah kerja-kerja yang senior kita hasilkan. Mampu ke saya buat? Pensyarah-pensyarahnya pula, macam garang je kan. Takut saya,” ucap Ayu Putri penuh emosi.

“Ayu, belum cuba belum tahu. Senior-senior kita tu pun sebelum ni macam kita juga. Tak tahu apa-apa. Bila diajar dan mencuba, mereka boleh buat. Percayalah kita boleh buat,” balas Fatin di sebelahnya.

Ayu Putri terdiam. Kata-kata itu ada kebenarannya. Belum cuba belum tahu. Teringat dia dengan satu kata dari novel yang pernah dibacanya, “Don’t say no before you try.” Kalau senior-seniornya mampu lakukan kenapa tidak dia.

“Okeylah Edward, kami pergi dulu. Lain kali kita sambung lagi. Kami nak ke perpustakaan,” ucap Ayu seraya mencuit Fatin dan terus berlalu ke pintu. Langkahnya panjang-panjang.

“Ayu, jangan laju sangat nanti terjatuh. Kirim salam kat pakwe awak!” laung Edward setelah Ayu agak jauh berlalu.
Tanpa berkata apa-apa, pantas Fatin mengatur langkah. Sesekali dia berlari-lari anak cuba menyaingi langkah Ayu yang semakin laju.

“Kenapa ni, Ayu, kenapa tergesa-gesa? Buat apa ke perpustakaan? Kita tak dapat lagi tugasan. Perpustakaan tu sejuklah. Kita balik bilik ye, lagi pun Fara mengantuklah” Fatin berkata perlahan.

Ayu memperlahankan langkahnya. Matanya melilau ke kiri dan ke kanan. Fatin ditarik rapat ke badannya. “Maaf, Fatin. Kalau saya cakap ni, Fatin jangan gelak ye. Sebenarnya saya tak sukalah bila orang lelaki pandang semacam kat saya. Saya rimas, tak biasa. Sebab tulah saya nak keluar dari studio cepat-cepat.”

Terlopong mulut Fatin memandang Ayu Putri. Spontan tawanya meletus. Ayu terdiam dan terus berlalu. Pipinya memerah. Malu dia diketawakan begitu. Seolah-olah dirinya yang perasan.

Fatin mengejar Ayu. Ketawanya masih bersisa. Faham benar dia dengan perangai Ayu. Manja dan mudah merajuk tapi rajuknya tidak lama.

“Siapa lelaki yang pandang Ayu tadi? Ceritalah kat Fatin, nanti Fatin cungkil biji mata dia. Kalau Fatin cungkil biji mata dia, dia dah tak boleh pandang Ayu kan.” Pujuk Fatin.

Ayu menggeleng-geleng kepalanya. Mukanya masih serius. “Tak apalah, Fatin. Kesian dia, buta pulak dia nanti kalau Fatin cungkil biji mata dia. Sayanglah muka kacak tapi buta,” ucap Ayu sambil tersengih dan berlalu pergi. Terpinga-pinga Fatin.

8 comments:

  1. Kalu cikgu geogafi tu ija, ija suruh ayu lukis peta dunia..selagi tak puas hati, kena redo... bdak2 form 1 dh kena denda lukis peta asia tenggara, tu pun byk mengomelnyee... sabar je la... kurus ija melayan karenah stdnt:) tapi xpe, best:)

    ReplyDelete
  2. emm..nasib baik cikgu geografi tu bukan ija kn..hehe..
    cantik ape kurus..
    macam I..ahaks..thanks 4 comment, ija. 1st time ija baca novel..appreciate it much..luv u..

    ReplyDelete
  3. Sbb novel ni x meleret, trus trang snang nk bc.. lg pn best frenz buat, mestilah teruja nk bc... hi2x, ada ckit masa lapang lepas abis kelas, bolehla surf internet jap.. seronok jg bc novel pendek.. klu novel pnjang, bru bc setengah m/s dh tertido,knapa ntah.... Ija akan bc smpai chapter last, klu rajin, ija bg comment... luv u my frenz:)

    ReplyDelete
  4. iye? terharunya..huhu..
    okes, bersemangat nih nk siapkan..
    aiman rifki, kan kuabadikan cintaku untukmu..
    u're not my 1st but 2 be my last would be perfect..believe in me..moga berjumpa di syurga Allah..kiranya kau tahu, Aiman Rifki..

    ReplyDelete
  5. alah asimah, ade skit silap la name 'fatin' 2 jadi 'fara' kat perenggan ke-6 drp bwh ok...lg stu nk tanye, should be 1000 'patah perkataan' atau 1000 'ayat'? tu je buat perhatian asimah spy novel ni dpt dimantapkn lg, insyaAllah...Chaiyok!, Chaiyok!

    ReplyDelete
  6. ooo..yeke..
    xphmlh psl 1000 patah perkataan n 1000 ayat tue.
    1 chapter kne ade 1000 patah perkataan ke?

    ReplyDelete
  7. bkn la asimah...biasenye kalo cikgu denda tulis perkataan, mksdnye satu perkataan tu ditulis 1000 kali...cthnye; perkataan 'geografi' ditulis b'ulang2 sampai jmlhnye jd 1000...kalo 1000 ayat plk, satu ayat tu ditulis 1000 kali...cthnye; ayat "saya suke awak" ditulis b'ulang2 sampai jmlh ayat tu jd 1000...kamu ngerti nggak?

    ReplyDelete
  8. sudah ngerti..
    tima kasih ya...

    ReplyDelete